'> Bila Aku Berpolitik. Apakah?? | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Friday, April 12, 2013

Bila Aku Berpolitik. Apakah??


As salam,

Oh ni citer seminggu dua lepas. Time tu aku kat umah, layan Upin Ipin ngan anak yang mak aku jaga. Dengan aku tak berbaju, ada orang bagi salam dari luar rumah. Tak sempat aku nak kaber nipple, orang tu dah dijemput masuk mak aku. Laju kemain.

'Tujuan makcik datang ni nak lantik Along sebagai Exco Penerangan parti X'

Gulp!!

Aku Exco Penerangan?? Apa kejadah semuanya ini? Aku nak kena terangkan apa? Apakah tugas Exco Penerangan? Adakah buat air penerang hati untuk pelajar2 yang amik PMR..SPM?

Aku tanya apa alasan dia pilih aku? Dia kata aku nampak berkaliber, ada perwatakan sebagai pemimpin dan yakin aku boleh menjalankan tugas dengan baik. Aku ke dapur sebentar betulkan kain pelikat.. sebab buntut aku mengembang dan mengecut secara sesuka hati. Kalau hari2 kena puji macamni ada harapan buntut aku  meletup.

Tapi aku tak fikir panjang. Aku tolak cara baik, sebaik cara dia pelawa aku. Aku lebih selesa menjadi pemerhati. Tak bercadang untuk menceburkan diri secara serius. Pengetahuan kena mantap, bukan hanya tahu berhujah tanpa ilmu. Makcik tu masih bagi aku peluang. Buat masa ni mungkin tak, tapi aku tak tahu la masa hadapan camner.

Bak kata orang, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Tak gitu?




P/s : Aku rasa lebih layak kalau aku berkempen Tupperware dari umah ke umah


25 comments:

  1. hahaha, betul gak tu baik parti tuppaware.. sama la suka jd pemerhati.. xmo lebih2

    ReplyDelete
  2. sama la kita. jadi pemerhati sudah. kumpul semangat dan pengalaman dulu...akan datang tak tahu camne kan. dunia politik ni mencabar.

    ReplyDelete
  3. kalau ko berkempen tupperwear tu, aku beli tupperwear ko tu.hahaha

    ReplyDelete
  4. betul2.. lebih baik jadi pemerhati, karang kalau lelebih mula lah nak bongkar aib, mengumpat, mengutuk orang dosa yg ada pun tak kurang lagi.. hikhokhikhok. baik kita doakan kesejahteraan umat Islam dan agama Islam terus menjadi agama yang dipandang suci :) bang tupperware kaler hijau satu.. masuk buku dulu na.. :P

    ReplyDelete
  5. berapa kaliber? hehheee
    bagus keputusan yang diambil oleh saudara, mari lah sertai parti tuperwear saya, boleh tapau2 sekut.

    ReplyDelete
  6. setuju shida pn nk perpaduan..hentikn perbalahan..!

    ReplyDelete
  7. kahkah..kempen tuperwear mesti laku.. =)

    ReplyDelete
  8. besar juga tanggungjawab yang makcik tu nak bagi...tepuk dada sakit,tepuk dahi je lah zal...akak tengok pun kau memang berkaliber...berkaliber jadi pelawak...hehehehe

    ReplyDelete
  9. Betul...betul...
    Baik tolak pening kepala ajer.
    Tak pasal nanti bermadam dgn ahli parti Y.
    Bila buka keahlian jadi ahli tupperware..aku nak join..

    ReplyDelete
  10. slalu bagi tazkirah kat msjid ke smpai macik tu lantik jadi exco penerangan?hahaha..jom jadi pemerhati..

    ReplyDelete
  11. hahahaha kelakar ! aduhh . penerang hati utk pelajar spm dn pmr tu bolehlahhh

    ReplyDelete
  12. macam kenal ke makcik tu sape hahaha

    ReplyDelete
  13. try mintak keje SPR bro leh jadi pemerhati

    ReplyDelete
  14. hahah..betul2..
    takut nanti dari tak de musuh terus ada musuh..tu yang tak best..baik kita menyokong secara diam2..tak perlu nak melibatkan diri..

    ReplyDelete
  15. haha..jadi duta tupperware much better...

    ReplyDelete
  16. jd duta donut asmara pun kacak jugak kan..haha

    ReplyDelete
  17. ciri2 YB dah ada,no wonderla pakai baju melayu hijau di FB..hohoho

    ReplyDelete
  18. Slam perkenalan..diterjah dr blog froggie...ketua penerangan?fuyooo....teringat plak uncle yg selalu ronda taman buat pengumuman expo...hehehe...

    ReplyDelete
  19. tok mohonshare air penerang hati.. terang terangan nmpk tok berkaliber.. dan secara terus terang lagi bersuluh..keterangan tok dalam parti tupperware itu lebih mnarik perhatian ank muda berkempipinan ushawan

    ReplyDelete
  20. kalau kau kempen tupperware, kau datanglah dekat rumah aku...confirm mak aku beli weyh..

    ReplyDelete
  21. okay jom kita jual tupperware haha

    ReplyDelete
  22. betul tu tok... jadi pemerhati sudah kita nie semua....... sebab kalau kurang ilmu didada.... takut besar impak nya nanti.....

    tapi tok ada tokoh.......

    ReplyDelete
  23. br je kena cubit ngan awek sbb sembag politik.. ehh.. awek.. ;p

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com