Pameran Kucing Di PKNS Bangi

3:04 PM


As salam,

Hmm aku takleh nak cakap banyak sangat sebab aku nak post banyak gambar kucing dan aktiviti di hari kejadian. Aku dapat tau pon dari adik aku, dia part time kat situ. Aku ni bukan sahaja penggemar kucing malah dulu aku diberi gelaran Man Kucing sebab.. er er bulu dada aku lebat kot?

Pameran tu berlangsung 6 dan 7 April 2013 haritu kat PKNS, Bangi. Selain pameran kucing daripada Kelab Kucing Malaysia (KKM), diadakan jugak kenduri Brit iaitu kenduri makan kepada kucing2 yang hadir yang ditaja oleh makanan kucing Brit.

Wife aku plak teruja kemain, kuhulu kehilir dia tengok kucing. Asal nampak kucing baru je, dia picit2 ngan jari. Ai risau plak aku, dia tu dah la mengandung. Selama ni tak nak plak dia picit2 aku.. kucing gak yang dipilihnya. Aku sedikit cemburu *sambil jamah makanan kucing lain

Ok la kita layan dulu gambar2 yang sempat aku snap guna kamera enset aku ni












Kat situ pon ada pertandingan sangkar kucing paling menarik. Ada sangkar kat bawah ni dah serupa disco,aku yang tengok.. rasa macam nak masuk berjoget2 plak.




Ada gak pertunjukan sarkis dan mempamerkan kecantikan kucing2 yang ada. Kalau korang nak tau harga kucing2 kat situ lebih murah daripada pasaran, malah lebih murah daripada harga sebiji Myvi SE. Amacam kagum tak?



Ramai tak hengat, bergesel2 aku ngan bapak mak kucing kat situ. Yang aku geram time aku nak snap gambar time tu la ada tangan dok kacau2, dok main2 ngan kucing2 tu. Grr.. Dah tu kucing2 plak jenis pemalu.. nak amik gambar dorang leh paling arah lain. Cagampang!

Aku terus bawak wife aku balik, nak carik Boboy.. kucing aku kat umah. Nak ajak masuk pertandingan. Nak grooming siap2. Masih dalam cadangan, perlu approval daripada Boboy gak. Lantas sampai umah aku terus tanya Boboy..

'Boboy esok masuk pertandingan kucing nak?'

Lantas Boboy jawab..



Ok fine. Tu maknanya dia tak nak pegi. Baru aku tau Boboy spesis kambing = kucing kacuk ngan daun sup!


P/s : kenapa perlu jaga kucing padahal kita dah ada bulu dada ehh??

You Might Also Like

20 comments

  1. gila tembam tembam kucing tu..kalo aku aku bukan picit je siap peluk ramas2 lagi bro haha

    ReplyDelete
  2. huyooo kalu aku pergi confirm dah abes kucing ak tatap haha

    ReplyDelete

  3. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
    Baca selanjutnya...

    ReplyDelete
  4. melepasssss... gebu gebas kucen² tu yerk..

    ReplyDelete
  5. Amboi alas kucing tido sama dengan alas kaki kat hujung katil aku..stendert ko kucing..gebus...


    afzal,,pipi ko ada gebus mcm kucing tu tak?kalau tak..jalan sentap la bila wife ko picit2 kucing..pi trim bulu pipi bg gebus dulu..


    hahahahahaha

    ReplyDelete
  6. mak akak kata kucing bulu lebat2 gini kucing pemalas..tak syok bela..kalau kucing yang jalanan punye tu yang best..lincah kemain..heheh

    ReplyDelete
  7. de tips tak nak pujuk family nak bela kucing?hihihi

    teringin sangat2 nak bela kucing :(

    ReplyDelete
  8. BESNYA...NAK TENGOK JUGAK. ADE YG AKU CULIK BAWAK BALIK UMAH NI

    ReplyDelete
  9. BESNYA...NAK TENGOK JUGAK. ADE YG AKU CULIK BAWAK BALIK UMAH NI

    ReplyDelete
  10. penah jugak dulu tgnk pertunjukan kucing...comel2x semua..pandai owner jaga kucing..bukan senang nak jaga..salah jaga boleh mati terus..haha

    ReplyDelete
  11. haha..kelakar baca..rasa nak bawak je balik semua kucing2 tu..zaza pun pcinta kucing..adeh..jatuh hati tgk..

    ReplyDelete
  12. ika suka tengok kucing tapi ika takut kucing T_T

    ReplyDelete
  13. boboy tak cukup hensem aaa nak masuk pameran . tuan boboy boleh aa gak nak cuba nasib . bhahaha

    ReplyDelete
  14. comel betul kucing tu.
    tak best tak dpt tengok..hehuu

    ReplyDelete
  15. Comelnya... kalau aku ada kat situ aku curi sekor letak dalam poket bawak balik rumah. (macam la muat) heheh :P

    ReplyDelete
  16. kenapa suma kucing malas2 ni pdahal duduk dalam peti kaca tu ka :P

    ReplyDelete
  17. owh kucing..ish entry ni buat aku rindu kat kucing aku

    ReplyDelete
  18. owh kucing..ish entry ni buat aku rindu kat kucing aku

    ReplyDelete
  19. tu dia...sekali boboi jawab...hambik kau!!!

    ReplyDelete