Rumah Anak-Anak Yatim Itu Rupa-Rupanya..

12:44 PM


As salam,

Alhamdulillah, weekend haritu macam yang dijanjikan kitorang buat program bersama anak2 yatim di taman sebelah. Tapi ada cerita disebaliknya, buatkan aku tergaru2 kepala yang tak gatal ni. Betul ke apa yang aku ceritakan ni?

Sebelum aku teruskan, apa kata kita layan dulu gambar2 yang sempat aku ambil sewaktu program bersama mereka




Aku anggapkan program kitorang haritu berjaya dengan kehadiran ramai untuk melihat sendiri anak2 yang berada di situ. Tapi macam aku kata awal2 tadi, ada cerita disebaliknya..

Korang perasan tak nama rumah anak yatim tu? Tak familiar? Aku pon tak tau, tapi sewaktu program tu berlangsung.. ada cakap2 mengatakan yang rumah amal itu dibiayai oleh kumpulan Al Arqam. Aku pun bukan suka2 nak mengesyaki yang bukan2, tapi jiran sekeliling dan taman itu sendiri yang bagitau!

Sebelum ni ramai yang dah terkena. Bagi duit belanja untuk makan minum anak2 tu tapi duit tu disalurkan ke satu akaun lain. Kadang2 pada malam hari, ada lori akan datang mengambil keperluan asas yang didermakan orang ramai dan dibawa ke satu lokasi yang tak diketahui.

Mula2 aku tak percaya, tapi salah seorang cikgu di kawasan kejiranan tersebut mengaku hal tersebut. Dia menyuruh aku untuk baca sendiri di blog mazidulakmal.com. Terkejut tak payah cakap la. Apa yang korang nampak kat blog mazidul tu, sama macam apa yang aku tengok kat situ haritu.



orang yang sama aku temui di rumah amal tersebut, ada dalam gambar yang aku ambil.
(gambar beramai2 bersama anak yatim, sebelah kanan berbaju dan bertudung hitam)

anak ini juga ada aku temui di sana, kalau korang perasan ada
gambarnya di atas. Dia mengidap penyakit kulit.


Bukan blog mazidul sahaja yang dedahkan hal ni, dah ramai blogger tampil untuk membuktikan kebenarannya. Aku terkilan, niat aku ikhlas tapi akhirnya begini pulak yang jadik. Aku tak boleh lupa anak2 'yatim' tersebut yang dikatakan anak2 hasil perhubungan sesama ahli Al Arqam. MasyaAllah aku harap bukan seteruk itu.

Kesian aku kenangkan nasib anak2 tersebut. Mereka jadi mangsa keadaan. Kepada blogger2 lain yang ada serahkan wang untuk didermakan kepada anak2 yatim tersebut sebelum ini.. duit korang masih ada pada aku. Korang boleh pm nombor akaun kepada aku untuk pemulangan wang derma kembali.


Entry mazidulakmal.com




.P/s : Masih rasa terkilan..


You Might Also Like

13 comments

  1. xpe bro yg penting niat kita ikhlas yang lebih nya kita serah pada Nya

    ReplyDelete
  2. Pesen ni pun ada jugak ka..aish geram je haa

    kesian bebudak. -____-

    ReplyDelete
  3. Ya ALLAH ape la nasib anak2 yatim tu ye..

    ReplyDelete
  4. takpe, yang lepas tu lepas la.... yang penting niat kita dtg nak membantu, ke mana perginya bantuan tu, biar diorg jawab dgn Allah jika disalahguna.

    ReplyDelete
  5. niat kita yang penting.apa depa buat dengan duit tu,biar Allah je yang balas..baik atau buruk.

    ReplyDelete
  6. Ya Allah... giler kan dorang pergunakan those kids, takper Afzal, niat kau dan rakan2 tu yg penting.

    ReplyDelete
  7. xpe tok, berikan je..yg penting niat mbantu..=)

    ReplyDelete
  8. Free Blogger Templates Daily Updates Free Blogger Template and template blogspot. Blogger template 1, 2, 3, 4 column, seo blogger template, magazine style blogger template and daily updates free blogspot template on bigmasstemplate.blogspot.in

    ReplyDelete
  9. ya allah... kesian kan anak2 tu... takpe kak.. niat akak ikhlas...

    ReplyDelete
  10. akak pun penah baca citer ni kat blog mazidul..
    ntah laa...akak pun tak tau nk komen apa. Sebab inilah dunia...

    ReplyDelete
  11. Ya Allah . ade jugak yg pattern cenggini ? kesian budak2 tu , dipergunakan . takpelah , yg penting niat kita ikhlas . dia nak buat apa , dosa dia yg tanggung .

    ReplyDelete
  12. Sebab tu aku prefer bagi makanan dan minuman kerana mereka belum perlukan wang dan wang mungkin tak sampai kepada mereka.

    Wah entri dah ala-ala 999. Ceria bro, jangan fikirkan sangat...

    ReplyDelete
  13. hmmm macam2 sekarang yang berlaku.xpe.niat abg n lain2 ikhlas nak bantu..

    ReplyDelete