Tahniah, Korang Memang Berjasa Malah Subur Juga!

12:00 AM


As salam,

Heh abaikan la entry kelmarin tu. Tetiba plak datang rasa ngarut nak tulis macamtu. Tapi aku sekadar mengingati diri, andaikata jika tiba2 aku tiada. Mungkin kesan sampingan otak yang tepu dua minggu masuk lab kot? Keje tak putus2 bagaikan mengkacip rotan di kali , itik tersepit di kalender..nak kicap?. Oh jangan tanya Karam Singh Walia sebab dia sendiri pon menggigih cari makna peribahasa tu. Aku main sebat je.

Aku nak ucapkan trimas dan tahniah kepada Geng Blogger Sengal dan Group Blogger Apakah? di atas usaha murni dorang. Group kami ni takde la seramai Geng Blogger bro Ben Ashaari tapi aku masih bangga ngan dorang. Sebelum ni kami ada buat tabung kutipan untuk GAZA dan inilah hasil kutipannya..



Yup memang tak banyak mana pon. Nilai bukan sesuatu yang boleh diukur di sini tapi penglibatan dan hasil kerjasama ahli yang buat aku kagum. Korang mungkin blogger 'kecil' di mata orang lain tapi pada aku korang macam paus (aku sebenarnya nak menunjukkan yang korang besar, bukan makna korang spesis ikan pupus tau!)

Aku harap tak berakhir di sini, andai ada peluang lagi kita sama2 turut serta lagi ye. Korang pon boleh join kitorang gak :) Bukan untuk sape2, untuk saudara se-Islam kita jugak kan.. tak gitu? :)

You Might Also Like

5 comments

  1. hmm. terkejut saya baca post tu. apa pun, saya tak rasa soal kematian adalah benda yang boleh dimain-main.

    ReplyDelete
  2. Biar kita kecil, walau sedikit bantuan yang diberikan, besar ertinya buat mereka.

    ReplyDelete
  3. tahniah tok.... semoga usaha murni seperti nie diteruskan dimasa2 akan datang......

    ReplyDelete
  4. tok.. cuba update tentang ni lagi.. adakah masih berjalan pungutan sumbangan tu, atau dah terhenti?? ramai nak tau status tu. :)

    ReplyDelete