'> Timbang Rasa | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Monday, June 3, 2013

Timbang Rasa


As salam,

Weekend haritu, SABTU aku keluar ngan wife dan adik2 aku ke ALAMANDA, PUTRAJAYA nak tengok wayang. Tiket pukul 4.50 petang. Orang kata citer Fast & Furious 6 best.. so citer tu la yang kitorang bakal tengok. ORANG RAMAI berjujuk beratur perghh jangan cakapla, sekali pakej pelan ketiak basah 1/2 jam percuma!

Aku suruh wife ngan adik2 aku cari seat dulu memandangkan seat penuh dan full house. Seat plak nun JAUH KAT DEPAN. Sebab wife nak popcorn, aku pon join la bebudak beratur depan kaunter beli popkorn kat luar. Oh aku TAK BAWAK HENPON. Kenapa korang rasa aku caps-lock kan beberapa perkataan kat situ? Korang akan tau sebentar lagi.

Aku pesan 1 set combo (2 soft drink ngan popcorn), satu set lagi (1 soft drink dan popcorn) dan milo iced (untuk my preggy wife).  Aku sorang pikul semua menda alah tu sendiri memang aku tak mampu, dan sebab aku TAK BAWAK HENPON, ORANG RAMAI dan SEAT PLAK JAUH aku pun mintak plastik beg nicely.

Budak kaunter tu jawab 'Sorry sir it's Saturday and no plastic bag for today' dan dia terus melayan customer belakang aku. Aku pun terkial2 nak angkat semua benda tu sendiri dan akhirnya milo iced wife aku jatuh ke lantai. But that guy still teruskan buat 'bodo' macam takde apa yang berlaku!

Then another staff sebelah dia terus hulurkan aku beg plastik dan gantikan air milo yang baru. Eventhough dia kena tegur ngan that poyo guy, aku rasa itulah sikaap yang patut ada pada seorang manusia.. TIMBANG RASA.

Hey poyo guy, eventhough SABTU.. kalau ye pun plastik tu kena bayar waima RM10 sekalipun, aku boleh bayar la! Apa ko ingat aku sarkis nak pikul semua benda ngan 2 tangan ni?  For that nice guy, aku terfikir untuk berikan dia sesuatu tanda appreciation aku. Walaupun benda tu nampak remeh pada orang lain, tapi tinggi nilainya pada aku.

Hope budak tu dimurahkan rezekinya. Amin

11 comments:

  1. ramai manusia yg tak ada perasaan timbang rasa ni bro otak letak kat lutut

    ReplyDelete
  2. no sivik manner.. kena p sekolah balik...

    ReplyDelete
  3. mungkin etika perikemanusiaan dia takde

    ReplyDelete
  4. huish...bizi la sgt pekerja tu
    klo kat sini..even hari sabtu pun..kita blh bayar 20 sen utk beg plastik tu
    klo dh sorang je yg angkut brg2 tu sume..mmg la x blh..melainkn ko ade ikut kursus sarkis kannn
    huish...klo aku pun naik angin gak
    nasib baik ade pekerja yg prihatin n bertggjwb

    ReplyDelete
  5. memang sangat tak bertimbang rasa.kasik sekeh je kepala dia tu afzal..

    ReplyDelete
  6. manusia2..sekeh je dia tok..hehe

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..salam ziarah .

    ReplyDelete
  8. peliknya..kalau kat sini +memang ada hari tak de plastik beg.tapi dia akan cakap kalau nak kena bayar..tak de la dia biar kita terkial2...kurang sopan la dia tu..

    ReplyDelete
  9. eh eh xbertimbang rasa betul la...

    ReplyDelete
  10. patutnya abang tegur je la depan2..tuh mesti memang belagak + poyo + sombong..kalau mas, dah wat report dah. tak suka pekerja yang belagak & tak de customer service.

    ReplyDelete
  11. Lek bro, ini ari ko. Harap harap tiada hari dia, kita doakan yang baik-baik je

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com