'> Marhaban Ya Ramadhan | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, July 9, 2013

Marhaban Ya Ramadhan


As salam,

Pejam celik.. pejam celik, esok dah mula puasa. Aku tak tau kenapa.. setiap awal tahun mesti aku akan tengok dulu tarikh ni. Entah la, bila fikir pasal puasa Ramdhan.. tetiba mood aku naik mencanak2. Tak macam puasa nazar atau ganti yang lain. Ada sedikit special.

Esok korang dah boleh dengar certain2 shopping mall mula memainkan lagu raya. Lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Dendang Perantau dan Allahyarham Sudirman, Dari Jauh Ku Mohon Maaf silih berganti. Dari yang datang nak beli berus gigi je.. terus sauk sekali baju raya barang sepasang dua. Punya la berhantu lagu2 raya evergreen ni sampai lupa esok baru je sehari berpuasa.

Aku paling risau time nak balik kerja. Alahai kompom jem punya. Yela masing2 mintak balik awal, alasan nak memasak..kononnya laaa *tangan di bahu mata ke atas. Padahal main tunjuk2 je kat bazaar nanti. Kat bazaar nanti mesti sesak kan? 1st day puasa, dia punya mengidam lain macam sikit. Semuanya nampak sedap, padahal kuih cakoi je kot. Selama ni orang sua cakoi.. jeling pun tak hingin. Kerek taik kucing!

Tak sabar aku nak mendengar wirid solat tarawih. Terngiang2 di telinga akan kesyahduan alunan iramanya. Setahun sekali kot dengar.


Tahun lepas sendiri, tahun ni berdua.. mana tau sempat bertiga. Harapan aku tinggi untuk Ramadhan kali ini. Setinggi langit yang Allah bukakan sepanjang bulan ini. Marhaban Ya Ramadhan.. semoga kita semua beroleh berkat daripada amalan baik yang kita lakukan insya Allah.

Selamat menjalani ibadah puasa :)

17 comments:

  1. selamat berpuasa tok ^_^ jangan minum air paip taw. heheheh.

    ReplyDelete
  2. ala..tunggu la baby keluar lepas raya..sian kat wife nanti orang makan macam2 dia boleh tengok je..hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan untuk tuan blog dan keluarga. (:

    ReplyDelete
  4. betol2...tak sabar nak dengar wirid solat tarawih...sekali setahun je boleh dengar:)
    selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan ini:)

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan...jangan ikut nafsu beli di pasar Ramadhan nanti ye...ingat kuih ingat akak ye...hehehe

    ReplyDelete
  6. tok afzal, selamat berpuasa.teringat zaman2 kecik dulu kan..best je puasa..

    ReplyDelete
  7. lamanya atok xtukar nama blog zaza kt bawah tuh..huhu

    ReplyDelete
  8. slmt berpuasa yong....mcm biasa jgn minum sambil menyelam ;p

    ReplyDelete
  9. Selamat berpuasa juga dari EmpayarUtama. Sempat bertiga ke raya ni, saja tanya :)

    ReplyDelete
  10. selamat ! selamat ! selamat berpuasa ^^

    ReplyDelete
  11. selamat berpuasa dan selamat meningkatkan amalan..

    ReplyDelete
  12. selamat berpuasa gak zal....jgn bwk meggi cup g opis

    ReplyDelete
  13. zal...salam ramadhan dan selamat berpuasa utk zal..isteri...keluarga dan juga baby dlm perut tu......

    ReplyDelete
  14. macam dah terlambat nak ucapkan selamat berpuasa tapi xpe..nak ucapkan jugak.selamat berpuasa afzal n family.

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com