'> Mereka Orang Neolitik | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Sunday, October 20, 2013

Mereka Orang Neolitik


As salam,

Ada dalam seminggu lebih kot tak jenguk blog. Aku baru balik dari Kluang, Johor. Nenek aku masuk ICU akibat pendarahan dalam usus. Alhamdulillah semalam dia stabil balik, dah transfer ke wad biasa. Biarlah dia duduk spital dulu sementara nak baik betul kan?

So amacam raya hari tu? Aku pun sama2 bizi gak kat surau. Surau taman aku ni tumbangkan 9 ekor lembu. Keje aku melapah daging lembu. Tak terdaya aku nak join geng menyembelih.. dari elok 9 ekor lembu tumbang.. alih2 kira 10 plak. Termasuk aku le tu. 9 ekor lembu tu cukup diagihkan kepada hampir 5 buah taman sekeliling. Itupun ada lebih lagi

Dua hari selepas ibadah korban, aku ternampak plak di hujung taman aku ada orang buat korban. Hmm tak ramai yang terlibat, sebilangan kecil orang orang yang rata2nya aku tak kenal. Terpencil. At last aku dapat tau yang korban tu dilakukan oleh 'geng' tertentu. Tak payahlah kot aku nak bagitau kat sini 'geng' apa cuma apa aku kesalkan kenapa perlu buat begitu sedangkan sebelum tu kejiranan dari taman2 sekitar bergotong royong bersama2 dalam melakukan ibadah korban.

Aku bebetul annoying bila ada orang dalam masyarakat berfikiran macamtu. Taksub dan terlalu bangga bila berada dalam 'geng'nya sendiri. Kita ada jemaah, ada surau masjid.. berada dalam qariah yang sama tapi masih bawak perangai budak2 tak akil baligh. Apa lagi yang tak kena?

Terlalu obses sangat pun tak bagus untuk kesihatan. Mungkin pada mereka seperti kerajaan agung empayar Rom, tapi di mata aku mereka hanyalah sekumpulan manusia pra sejarah yang sesat dalam struktur masyarakat yang kaya dengan sosio budaya dan adab susila.


P/s : Percayalah.. tiada syarat pun dikenakan untuk hidup bermasyarakat


8 comments:

  1. Ada lagi manusia hidup berpuak2 dalam hal neh..

    ReplyDelete
  2. betul!...islam itu mudah takperlulah nak berpuak-puak..ish3

    ReplyDelete
  3. hidup kenalah berjiran dan kena menjalinkan hubungan baik dengan sesama manusia..kalau xnak bersosial,dok hutan je kot..kann

    ReplyDelete
  4. erm... ada jugak mcm tu.. kan best hidup bermasyarakat... mesti seronok dan gembira kan..

    ReplyDelete
  5. sesetengah org suka jadi 'rare' dan pelik daripada org lain.

    ReplyDelete
  6. erm tak best la kalau ada yang macam tu huhu

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com