'> Hantu Galah Dari Rusia Ke Flat PPRT Semarak | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Wednesday, December 18, 2013

Hantu Galah Dari Rusia Ke Flat PPRT Semarak


As salam,

Memula beria2 la aku percaya hantu galah tu kat Flat PPRT Semarak, rupa2nya video tu diambil sekitar dua tahun lepas oleh seorang lelaki tempatan yang baru pulang dari kerja. Dia melihat kelibat seakan2 'manusia panjang' bergerak pada dinding bangunan ke jalan raya. Kejadian itu berlaku lewat malam.




video

Untungla Flat PPRT Semarak dapat nama.. ni mesti orang flat tu gak hehe. Cerita pasal hantu galah ni, pakcik aku pernah ceritakan pengalaman atok aku kat aku dulu. Dulu keje atok aku menoreh getah, mencari hasil2 hutan untuk dijual. Biasalah kerja kampung.. apa lagi yang boleh dia buat.

Satu pagi tu, dia ke pinggir hutan nak cari galah. Dari satu ke satu galah ditebangnya. Tetiba yang satu ni.. tak patah2. Dilihat pangkal galah tu.. tak berakar, tak seperti galah2 sebelumnya. Atok aku pandang atas.. sayup2 dia nampak ada satu rupa yang gelap dengan mata merah memandang dia di bawah..

Atok aku buat bodo je.. dia pegi sambung tebang galah lain. Hantu tu pun tak ganggu dia. Kat sini aku nak bagitau takde benda yang mustahil kerana kita di dunia ni didiami oleh manusia dan jin. Ada orang tak percaya.. ada yang percaya, terpulanglah bergantung pada iman masing2

Kembali kepada asal. "Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu semata2 untuk beribadat kepada Ku"

Hantu galah---> gelaran hantu melayu mengikut fizikal---> jelmaan iblis dan jin

Mungkin di Malaysia dipanggil hantu galah, di Rusia dipanggil extremly tall humanoid dan di Jepun plak orang panggil Luffy ehh??


P/s : Sape Luffy? Ai nak kena buat entry lain cenggini. Korang google la dulu

4 comments:

  1. selalu gk dgr citer psal hantu panjang ni dr org2 tua...huhu scary..btw, aku kenal si budak getah Luffy...fav kot 1 piece...haha

    ReplyDelete
  2. nampak jelas kan..ini ke rupenya hantu galah tu?macam alien pun ada..huhu..first time tgk real dalam video ni..menakutkan je

    ReplyDelete
  3. ish !! beraninye Atuk tu .. kalau kite laa .. mase tu jugak rase nak pengsan ..

    yang panjang tu hantu ke ???

    ReplyDelete
  4. Luffy dlm cerita one piece ke? huhu hantu galah cm kedengaran lawak je tp bila jmp xtau la...pengsan barangkali..

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com