#Kelebihan

3:43 PM


As salam,

Tak semua orang dilahirkan sempurna. Jika dilahirkan sempurna sekalipun tak semuanya dianugerahkan kelebihan. Last week aku ke kenduri kahwin. Bukan pasangan mempelainya yang nak aku ceritakan, tetapi penyanyinya yang mendapat perhatian aku.

Seorang perhatikan dari jauh sedari aku turun dari kereta, aku lihat suara lunak itu kepunyaan seorang anak muda dalam lingkungan 21 tahun tetapi bila aku amati dia seorang buta. Dia bergerak sekeliling dewan sambil dipimpin penjaganya, mendendangkan lagu-lagu lama dan baru. Malah dia juga turut mendendangkan lagu permintaan daripada jemputan yang hadir.

Bila lagu rancak dia menari setempat, bila lagu syahdu dia turut menyanyikan dengan penuh perasaan. Sesekali aku lihat para jemputan memberikan sumbangan di atas usaha yang dia lakukan. Aku maksudkan sedekah, dalam erti kata lain.


Bila aku lihat dia, aku ada rasa terhibur, rasa sayu, sedih dan pada masa yang sama bangga. Aku gembira orang sepertinya diberi peluang.. ada ruang untuknya di dalam masyarakat. Aku doakan lelaki (kawan abah aku) yang membantunya itu dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat.

You Might Also Like

11 comments

  1. ye betul, tak semua dilahirkan smpurna, setiap org ada kelebihan dan kekurangan msing-2, bersyukur dgn apa yg tlah dikurniakan, :)

    ReplyDelete
  2. i'm so touched :(
    cepat tersentuh hati bila tgk oku mcm ni
    cr rezeki halal.
    hmm

    ReplyDelete
  3. touching bila baca.. Alhamdulillah dengan kekurangan pada pakcik tu, ada juga yang sudi membantu.. bagus jg dengan cara ni kannn.. kalau ada majlis kahwin boleh invite OKU (such of orang buta) at least dpt jg rezeki mereka sambil menghiburkan sambil dpt rezeki dari orang ramai.
    Semoga tuan rumah yang memberikan peluang pada OKU tu mendapat rahmat yang melimpah ruah dari Allah.. In Shaa Allah =)

    ReplyDelete
  4. humm ai pon ada sorang kakak OKU :)

    teringin kot nak dengar suara dia.

    ReplyDelete
  5. Samalah , masa abg bolat khwin hri tu kami jmput budak perempuan OKU yg mnyanyi . Suara lelaki pun dia boleh buat . hebat :D

    ReplyDelete
  6. Tu lah, slalu nmpak diorg nyanyi tepi jalan serba salah tgk diorg sbb nk compare kita yg 'sempurna' ni, jauh beza... hanya mampu doa dalam hati smoga mereka di rahmati oleh Nya...

    ReplyDelete
  7. mmg biasa Allah beri kekurangan dan kelebihan pada seseorang hambanya.

    ReplyDelete
  8. kita memang sepatutnya bagi peluang macam ni pada golongan OKU supaya mereka tak janggal berada dalam kelompok masyarakat..

    ReplyDelete
  9. Moga dia dimurahkan rezeki dengan kelebihan yang dia ada tu..aminn

    ReplyDelete
  10. Touched to read this post. Tuhan tu adil, jika ada yang 'kurang', lain yang dilebihkan.

    ReplyDelete