Kerana Juling-Juling Itik, Bapak Aku Dapat Malu

11:42 AM


As salam,

Memula tahniah bagi adik2 yang cemerlang dalam PMR bebaru ni. Jangan eksaited sangat sebab naik sekolah nak kena concentrate untuk SPM plak. Yang tak berapa nak cemerlang tu abang tetap ucapkan tahniah sebab rata2nya abang tau yang korang dah buat sedaya termampu.. cuma belum rezeki korang :) Try beat the rest dalam SPM pulak ye :)

Cerita pasal PMR, dulu abang pun macam korang. Tak cemerlang mana.. tapi ada la rezeki sikit time tu. Pepagi lagi dah sampai sekolah, tidur kat masjid padahal result keluar tengahari. Semangat la katakan.. semangat + kena paksa ngan mak suruh datang awal!

Datang sekolah, tengok kengkawan lain kemain stylo. Ada yang pakai jeans, simpan rambut panjang, bulu ketiak panjang.. eh eh yang tu takde. Almaklumla sekolah asrama, benda yang takleh buat dulu la yang kita nak tunjuk kan?  Pukul 11.30 pagi result keluar. Yang stylo2.. yang bajet2 cun tadi semua berkerumun depan papan kenyataan, dah nampak macam kambing biri-biri plak!

Abang cari nama abang.. dari jauh dengan sebelah mata tertutup, jari digerakkan dari nama ke result pada hujung papan kenyataan. Perghh berderau darah naik ke kepala.. dapat 8A tu!! Jerit2 macam orang histeria jap.. terus cari public phone. Tepon abah..

Tetiba abah plak histeria.. dicanangnya terus kat kengkawan opis dia. Mana tak bangga anak dapat 8A. Hati abang sebak.. sesambil tu tanya kengkawan lain sambil ucap tahniah (padahal nak inform result sendiri sebenarnya). Orang lain tengok papan kenyataan.. abang pon tengok sekali. Sesaja buat2 sibuk.. buat2 bizi. Abang tengok lagi result abang.. kali ni lebih dekat dengan papan kenyataan. Bila abang perati nama abang sebaris dengann result.. tetiba abang terkedu. Erk!

Abang kol balik bapak abang.. dengar la kemain kuat bunyi dia telan air liur. Kat hujung talian abang sempat dengar dia minta maaf kat staf opis dia..

"Err maaf anak saya dapat 7A 1B je..Bukan 8A. Dia tersilap tengok tadi thee the.."

Hehe nak buat acane dah mata juling-juling itik. Tak pepasal bapak abang dapat malu :)



Abang tak hebat..skor PMR tapi SPM lingkup. So itu sebagai contoh untuk korang, kita tak skor PMR, tak bermakna kita juga tak boleh skor SPM :) Teruskan usaha cuma kali ni up-kan sikit lagi. Mana tau korang dapat B dalam certain2 subjek sebab kurang 1-2 markah je kan? kan? :)

You Might Also Like

6 comments

  1. hehe boleh plak silap nampak.. eksaited sangat kan.. tapi, ok ar tu 7A.. pelajar cemerlang dh tu..

    ReplyDelete
  2. 7A 1B??? "tak hebat la." haha hana 2A je yang mampu lagi hebat. haha :P :P

    ReplyDelete
  3. Haha adeii...ala 7A ok ah tu..sgtlah terror..

    ReplyDelete
  4. kannn..lain kali jangan nak juling itik lagi..kang sian abah afzal termalu lagi..tapi ok kan 7A 1 B tu kira cemerlang tu..hebat ah abang!

    ReplyDelete
  5. Hebat lah tu, tapi kelakar cerita pasal tersalah result hehe.

    ReplyDelete