Pelanggan P1 Wimax Mengamuk Di Kaunter Selayang Mall

12:00 AM


As salam,

Tengah bizi survey perkhidmatan wireless internet, tetiba aku terbaca berita yang booth P1 Wimax kat Selayang Mall kena amuk. Mak aih sampai macamtu skali. Aku biasa nampak company ni kat area Kajang tapi tak tergerak lagi hati aku nak mengamuk. Aku biasanya mengamuk kalau tak cukup tidur je.


memula aku ingat gambar parti harijadi ke hape tadi..

Company buat palat, staf makan maki. Kesian kan? Lagi2 yang baru keje.. tak tahu menahu pasal company ni. Kalau nak ikutkan aku pun.. aku pun zero pasal company ni. Lepas aku google lagi, rupanya dah ramai pihak komplen ditipu. Korang boleh teruskan baca di page ohartis bertajuk P1 Wimax Trending Dengan Isu Menipu Dan Mengelirukan Pelanggan

So SKMM bebawak la buat lawatan ke company terbabit. Aku rasa aduan dah banyak dibuat kot.. cuma sejauh mana tindakan diambil tu aku tak pasti. Kesian kat orang2 yang terkena. Orang yang maki dan orang kena maki.. orang atasan collect duit goyang kaki!

You Might Also Like

5 comments

  1. nasib tak try gune p1 ni dulu..better guna yang sedia ada ni ha..tmpt afzal ada coverage unifi x?kalau ade better pakai unifi..

    ReplyDelete
  2. eh eh..apa pasal ni? mengamuk sakan..

    ReplyDelete
  3. mmg menipu P1 ni...geram betol...
    x pasal2 nama kne CTOS.... pasti ciap bg email kata dah hubungi tp x dpt...padahal tak de pon terima kol dri dorg...ermmm

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera, tanpa prejudis, kami mendapati artikel saudara ada mempunyai unsur fitnah dan kesalahan fakta mengenai insiden yang melibatkan syarikat kami.

    Dukacita dinyatakan, sama ada niat anda memuatnaik artikel ini adalah dengan sengaja atau tidak, artikel ini telah memberikan tanggapan negatif terhadap syarikat kami. Untuk fakta sebenar mengenai artikel ini (insiden Selayang & Rempuhan Kereta), sila muat turun maklumat berikut di pautan ini http://bit.ly/penafianp1_2 .

    Kami memohon jasa baik anda agar saudara dapat memadamkan atau membetulkan fakta ini dalam tempoh 48 jam, sekiranya saudara gagal berbuat demikian, pihak kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas saudara.

    Sekali lagi, kami memohon jasa baik saudara agar lebih prihatin, bertanggungjawab dan beretika dalam melaporkan sesuatu berita.

    Sekian terima kasih

    Nota: Sekiranya saudara adalah salah seorang yang terkesan dengan CTOS, saudara boleh merujuk kembali kepada kami melalui http://bit.ly/p1ctosinv untuk siasatan semula.

    ReplyDelete
  5. aku pengguna TM.. haha..sebab nak sokong Safwan Seth,,

    ReplyDelete