'> Sekitar Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul Dhya Khayla Jasmeen | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Monday, December 9, 2013

Sekitar Majlis Aqiqah Dan Cukur Jambul Dhya Khayla Jasmeen


As salam,

Alhamdulillah selamat sudah majlis yang aku rancang. Trimas kepada kengkawan dan kenalan yang hadir bagi memeriahkan majlis. Penat tak hengat.. tak hilang lagi ni. Sakit tulang belikat dok punggah pinggan mangkuk. Jumaat malam aku dah start buat keje. Plan nak guna baby cot, tapi mak aku tak berkenan. Dia suruh aku guna buai biasa je. Habis plan aku..

Last menet punya idea.. ni la hasilnya buaian anak aku untuk majlis kelmarin..
Tak sangka plak design buaian aku menjadi tarikan geng mak-mak :)



So di bawah ni aku attachedkan gambar-gambar sekitar majlis berlangsung. Tak sangka plak baik betul anak aku hari tu. Alhamdulillah, syukur semuanya berjalan lancar walaupun pada awalnya hujan di sebelah pagi.


Heh ni muka-muka wajib ada time abis kenduri. They're my bestie Kalau tak ada, maknanya tak lengkaplah kenduri haritu. Dulu kami dikenali sebagai Wedding Crasher.. tapi sekarang ni memasing bizi ngan keluarga memasing. Time-time macamni je la yang boleh jumpa pon :)

Dalam sibuk-sibuk hari tu, bestfriend aku dari KL dah masuk Kajang.. tapi sesat plak. Aku plak tertinggal handphone kat dalam rumah. Kesian.. sebab rasa terkilan, ,malam tu aku shoot terus ke Gombak hantar lauk. Kalau dia sanggup turun.. kenapa aku tak boleh buat macam tu kan?

Takpe la.. majlis pun dah selesai, alhamdulillah. So next program aku pada 21hb Disember ni plak. Program apa? Nanti aku update ye :)

P/s : Kepada sesiapa yang nak aqiqah kambing sekali masak (kari/kuzi/kurma/golek/etc)
        dengan harga serendah RM750 sila PM facebook aku :)




12 comments:

  1. tahniah bro..aku tumpang gembira

    ReplyDelete
  2. dah besar dah dhya.. tahniah papa afzal

    ReplyDelete
  3. tahniah..rajin ya cuci bekas air pinggan apa semua hehe

    ReplyDelete
  4. jasmeenn comell!! Alhamdulillah selesai dah..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..settle dah kan..ohh apakah 21hb tu?btw,afzal design hiasan buaian tu ke?waaa..kretip!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..dah selesai majlis..comel anak bro..hehe..
    cantik lah buaian tu, nostalgik..:)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah,semua berjalan lancar kan...apa pulak ye majlis 21 hb,macam nak datang je,macam nak datang je...hehehehe

    ReplyDelete
  8. cantik tuuu hiasan buai . nnt buaian bolat abang buatkan dengan konkrit . kihkih

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah cantik. pandai abang hias. cayalahh :D

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.. dah slesai dah majlis.. :)

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah, majlis brjalan dgn lancar, slamat basuh membasuh..:)

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com