Untungla Jadi Retis

12:08 PM


As salam,

Aku dapat tau yang retis Najwa Latiff mendapat biasiswa penuh daripada UNITAR. Aku dapat tau daripada wife aku. Aku tanya wife aku.. dia pon dapat tau daripada adik aku. Aku tak sempat tanya adik aku mana dia dapat info. Yela kot2 kang tetiba orang datang nak saman aku :P

Najwa Latif sewaktu pandang side mirror motornya

Bukan ke I'm Neeta pun dari UNITAR kan? kan? Dorang tak dapat scholarship ke? Wife aku jawab tak dapat sebabnya Najwa Latiff mula menyanyi sebelum sambung UNITAR lagi tapi I'm Neeta dikenali sebagai penyanyi since time study. Tu kata wife aku la.. mana dia korek info aku pon tatau. Aku bajet wife aku buat part time jadi mak cik kantin UNITAR ni.

gambar diambil setelah mereka berjaya dalam acara lari dalam guni
berpagar 4x4 ratus meter berirama

Untungla jadi retis kan? Aku pun ada niat nak sambung study dengan harapan pengajian aku disponsor. So start malam ni aku dah kena test suara dah. Try dulu karok kat kedai Leman. Agak2 mendapat sambutan baru beralih ke karok jamban Tak dapat pegang gitar macam Najwa Latiff.. dapat main kerincing pon dah kombang kompih idong aku ni ha. Tu pun aku bantai main lagu air pasang dalam surut pukul lima..

Harap2 tahun depan aku terpilih masuk Idola Kecil..

ni la kerincing, dah lama aku tak tengok



You Might Also Like

7 comments

  1. try la main tamborin plak. nanti aku vote kau dalam idola kecil.. ape yg kecil xtau lah

    ReplyDelete
  2. ko nak jadi retis jugak??
    nak sainnnn
    haha

    ReplyDelete
  3. eh, bkn afzal pn retis ke? tu yg dok update blog ramai datang baca tu apa? hahaha.. ramai plak tu yang komen. hihi

    ReplyDelete
  4. untunglah jadi retis kan..belajar pun org sponsor.apatah lagi kawen macam che ta!

    ReplyDelete
  5. Kerincing.. haha..baru tau nama benda alah tu kerincing..

    ReplyDelete