Karpal Singh Maut Kemalangan Jalanraya


As salam,

Pagi2 lagi aku dah dikejutkan dengan berita kemalangan jalanraya yang melibatkan bekas pengerusi parti DAP, Karpal Singh di Lebuhraya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Tapah. Lebih mengejutkan lagi kemalangan tersebut turut meragut nyawanya bersama pembantunya Michael Cornelius, 39 tahun.


Dalam nahas yang berlaku, Karpal Singh 74 tahun maut di tempat kejadian pada pukul 1 pagi dan disahkan sendiri oleh anaknya Gobind Singh Deo menerusi akaun twitternya pada pukul 3.40 pagi.


Karpal sebelum itu dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bersama anak lelakinya, Ramkarpal Singh untuk mengendalikan satu kes mahkamah pagi ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon, siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu.

Pembantu rumah Karpal seorang warga Indonesia mengalami pendarahan di bahagian otak manakala anaknya Ramkarpal Singh dan pemandunya tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan tersebut.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

1 Comments