'> Pelik Tapi Benar : Alasan Terpencil Sebab Isteri Merajuk | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Monday, April 21, 2014

Pelik Tapi Benar : Alasan Terpencil Sebab Isteri Merajuk


As salam,

Biasanya isteri merajuk sebab suami asyik main android game, layan bola sampai ke pagi, balik lambat, weekend buat OT memanjang, sayangkan kereta melebihi diri mereka sendiri. Ye ke idak? Aku tau la sebab aku biasa buat hahaha. Tapi yang aku nak cerita ni jarang2 berlaku. Hanya isteri terpilih je boleh merajuk cenggini. Sebab apa? Jap aku cerita..

Ok pagi2 hari tu aku bangun macam biasa. Wife aku dah bangun awal nak siapkan baju Jasmeen. Aku tegur dia.. dia tak jawab. Dia 'hmm' kan je cakap aku. Pelik gak ngan wife aku hari tu.. aku ada buat salah apa2 ke? Jadi aku bagi ruang dia sejukkan hati dulu. Aku pun buat bodoh sampai ke tempat kerja.


Kat opis dia mesej aku.

"Abang perasan tak ada yang tak kena pagi tadi ngan ayang?"

Aku iyekan je la. Dia bagitau yang dia merajuk. Aku tanya dia ada apa2 yang aku buat dia sakit hati. Dia cakap takde pun. Aku tanya lagi.. kenapa dia merajuk ngan aku.

"..sebab ayang mimpi abang tak jemput mak abah ayang datang kenduri kat umah mak abang. Ayang merajuk. Tak sangka plak terbawak2 lepas bangun tido hihi"

Haa yang ni kelakau. Pesen merajuk macam ni kalau diketengahkan boleh apply jadik pengurus sarkis!

Alahai isteri aku~


15 comments:

  1. hahahaha. nasib baik dh terjaga.
    kalo x merajuk sampai sudah..
    hehehe

    ReplyDelete
  2. HAHHAAA, nampaknya wife dan mula lebih lawak dari ko,..aku kagum dengan lawak isteri ko..serius..hebat..

    btw, aku leh bayangkan muka comel wife ko, suatu hari nanti, jasmeen pandai buat lawak, aku tahu dari siapa dia mewarisinya..yang pasti bukan babah dia..hahaahaha...

    ReplyDelete
  3. secocok betui la ampa berdua nih..hahaqhaa

    ReplyDelete
  4. masuk dalam blog abam afzal tak brani scroll lebih-lebih pasal post yg lepas... seram bohh

    nasib baik ada isteri abam afzal..huhuu

    ReplyDelete
  5. Itu namanya merajuk cute tau..sebab terbawa2 yg dalam mimpi ke alam nyata..k ikiki..

    ReplyDelete
  6. saya pun pernah buat .. merajuk lepas mimpi... heheheh

    ReplyDelete
  7. pesen merajuk cenggini pun ade.

    ReplyDelete
  8. x kuasa nak pujuk kalau merajuk mcm tu...

    ReplyDelete
  9. haha. mohon aku nanti da kawin x buat gitu kat bakal laki aku. kesian kena pujuk.

    ReplyDelete
  10. haha. mohon aku nanti da kawin x buat gitu kat bakal laki aku. kesian kena pujuk.

    ReplyDelete
  11. hehe...dasat mimpi wife afzal sampai terbawa2 ke alam realiti...

    ReplyDelete
  12. emm itu je? ingatkan...ayang majuk sebab abang kawin lagi satu tak bagitau ayang...T_T

    ReplyDelete
  13. Hahahah.... gitu pun boleh. Lawak plak wife ko.

    ReplyDelete
  14. salam. ehh?? kelakar ja bunyinya hahaha :D

    ReplyDelete
  15. boleh pulak sampai masuk ke dunia sebenar..memang isteri terpilih je ni..hehehe..

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com