As salam,
Aku nak kongsikan menu feveret aku dari Pantai Timur iaitu Laksam. Berbeza dengan laksa, laksam menggunakan santan sebagai bahan asas untuk membuat kuah, lebih banyak ulam ulaman, ada sambal dan belacan dan penggunaan mi yang berlainan walaupun asasnya tepung beras.
Ok kita mula agihkan bahan bahan ke beberapa bahagian. Aku anggarkan bahan bahan yang aku sediakan ini untuk 6 hingga 8 orang makan.
Bahan A
Tepung beras 1 kg
Tepung gandum 1 Senduk
Garam 1 Sudu
Minyak masak 1 Sudu
Bahan B
Ikan Selayang 1 kg (bergantung ikut citarasa)
Santan 2 biji kelapa
Lada hitam (dikisar halus)
Asam keping 2 keping
Bawang merah/bawang besar 10 ulas/2 biji
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)
Bahan C
Cili kering (dikisar selepas direbus hingga mendidih)
Belacan (dipotong kecil)
Limau Kasturi (dibelah)
*Boleh dikisar juga cili kering bersama belacan. Tak perlu dimasak
Bahan D
Timun
Taugeh
Kacang panjang
Kubis bulat
Daun kewangi
Ulam raja
Daun salon
*semuanya dipotong kecil. Jika tiada bahan, memadai timun, taugeh,
kacang panjang dan kubis.
Cara Memasak
Bahan A (Membuat mi beras/kuey teow)
Masukkan Bahan A ke dalam bekas.
Pastikan adunan itu tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kemudian ambil tudung periuk, Sapukan minyak padanya dan letakkan adunan. Pastikan adunan diratakan dan memenuhi permukaan tudung periuk. Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis (anggaran adunan untuk 1 tudung periuk kecil : 1 senduk kecil). Apabila pengukus sudah mendidih, masukkan ke dalam dan angkat apabila masak (lebih kurang 2 minit). Tanda adunan sudah masak apabila kelihatan sedikit menggelembung pada permukaannya.
Tunggu sehingga sejuk, adunan tadi digulung dan dipotong.
Bahan B (Membuat kuah)
Masukkan ke semua Bahan B ke dalam periuk.
Kacau kuah tersebut sehingga mendidih. Tambahkan sedikit air sekiranya perlu (bergantung pada kepekatan kuah). Perlahankan nyalaan api dan boleh ditutup selepas cukup semua rasa.
11 Comments
fuhh..
ReplyDeleteini kalau dpt yg betul2 original mmg 2 pinggan bleh licin nie.
my feberet jugak ni
ReplyDeletetetiba rasa nak pergi cari pulakkk
wehh afzal ...bahan sampai D..susah tu..kalau senang ABC je...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletewah ! nampak macam sedap . tapi susahnya nak buat >.<'' jom beli kat pasar malam =D
ReplyDeleteNak buat la ahad nih...bahan banyak tapi senang je..eh! laksam tak payah telur ye?? kalau buat time raya pun best nih..
ReplyDeleteNampak sedapppp! ;)
ReplyDeleteohemjiii...sedappnya laksam..kte suke makan adek bradik laksa ni..hewhehw
ReplyDeletesalam. teringin pulak nak merasa :D
ReplyDeletewah pandainya masak afzal..nasib tak makan laksam.kalau dah dah teringin pulak kan tengok laksam ni
ReplyDeletewah... dah macam my resipi la plak
ReplyDelete