'> Resepi Mudah : Pasta Ayam Berkrim | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Monday, April 28, 2014

Resepi Mudah : Pasta Ayam Berkrim


As salam,

Haha jangan nak buat muka sangat sebab lately aku rajin pulak update pasal resepi ye. Bukan apa bila wife aku baca entry aku, mana la tau dia terajin nak buatkan hujung minggu nanti kan?kan? So pada sesiapa yang dah bosan mengadap menu tapau hari hari, balik balik tempe je kan.. apa kata kali ni kita cuba menu barat. Senang je nak buat, semua bahan bahan boleh cari kat supermarket.


PASTA AYAM BERKRIM

BAHAN BAHAN :

1 paket pasta tali leher (bow tie pasta) - Kalau tiada boleh juga gunakan
sebarang jenis pasta
3 cawan ayam yang telah dimasak, dicincang atau dipotong menjadi kepingan bersaiz kecil
1 lada merah benggala, dipotong dadu
1 sudu besar minyak zaitun
2 tin krim sup ayam
1 paket kacang peas atau 1 tin kacang peas
1 1/2 cawan susu lemak berkrim
1 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 sudu teh garam (lebih kurang rasa)
1/4 sudu teh serbuk lada
2/3 cawan parutan keju Parmesan
1/2 cawan keju cheddar.

MEMASAK PASTA
Masak pasta mengikut arahan pada bungkusan. Setelah pasta masak (cukup lembut), toskan.

MENYEDIAKAN KUAH PASTA
Dalam periuk besar, minyak zaitun dipanaskan panas dengan api yang sederhana. Tambah lada merah benggala dan tumis selama beberapa minit (sehingga lembut). Tambahkan krim sup ayam, kacang peas, susu, serbuk bawang putih, garam dan serbuk lada ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Perlahankan api dan reneh, biarkan tidak bertutup selama 1-2 minit.

Kuah yang siap dicampurkan dengan pasta. Masukkan sekali ayam dan keju, gaulkan sekali sehingga sebati.

*Hidangan ini sesuai untuk 10 orang makan - saiz badan aku la :P

7 comments:

  1. resepi baru lagi...resepi laksam tu pun aku tak aplikasikan lagi...

    errr..adakah ini hint yang ko nak tukar dasar blog ko atau hint2 nak masuk bolan posa tak lama lagi..atau wife ko merajuk tak masak...

    hehehehehee :)

    ReplyDelete
  2. salam. thanks share..nanti sy try hee

    ReplyDelete
  3. rajin betul share resepi..tanda tanda apakah?kalau pasta memang sedaplah masuk tekak..hihi

    ReplyDelete
  4. sodap nye...
    haha boleh la try nanti

    ReplyDelete
  5. hai sedapnyer...kegemaran anak2 ni. nti boleh cuba..
    bw sini sambil isi tabung :) klik2 ribena.

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com