Rukhyah Solat Di Dalam Kenderaan Akibat Kesesakan Jalanraya


As salam,

"Abang solat dalam kereta? Tengah drive?", tanya wife aku. Aku anggukkan je.

Jarang benar berlaku kat aku, sebab selalunya aku akan solat subuh kat opis. Bergerak dari rumah pukul 5.45 pagi dan sampai dalam pukul 6.30-6.40 pagi. Tapi berlaku gak situasi yang tak dapat dielakkan terutamanya bila keadaan trafik yang tiba2 sesak membuatkan aku solat Subuh ketika memandu.



Sekiranya kita tak tersekat di dalam trafik, hampir pula dengan R&R.. jadi hendaklah kita solat seperti biasa. Jangan jadikan alasan untuk kita ambil jalan mudah solat di dalam kereta. Solat di dalam kenderaan hanya boleh bila kita BENAR-BENAR MENGHADAPI KESUKARAN. Ada faham?

Cara bersolat di dalam kereta :

1. Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan.

2. Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang sesuai
    walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu
    hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.

3. Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram

4. Bacaan surah dalam solat adalah sama sepertu solat biasa

5. Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala
    serta badan dan kedua tangan diletakkan pada lutut

6. Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit
    dari isyarat rukuk.

7. Duduk antara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal seperti biasa
    dengan duduk di kerusi kenderaan.

8. Kita tidak perlu mengubah tempat duduk untuk membetulkan arah kiblat jika
    kenderaan yang kita naiki itu sering bertukar arah.


PERLUKAH DI QADA' SEMULA SOLAT TERSEBUT?

Tidak perlu di qada' sekiranya kita masih berwudhuk/bertayammum, mengadap kiblat sewaktu mengangkat takbir dan kita benar2 dalam keadaan DARURAT iaitu KESUKARAN UNTUK MENYEMPURNAKAN SOLAT SEPERTI BIASA tetapi sekiranya kita dalam keadaan berhadas, tidak mengadap kiblat sewaktu mengangkat takbir walaupun sukar untuk menyempurnakan solat, hendaklah kita qada' kembali solat tersebut. Istilah solat tersebut hanyalah sekadar untuk menghormati waktu solat.

Jadi bagi kes aku tadi, aku bersolat di dalam kenderaan tetapi aku was2 terhadap arah kiblat, tiada wudhuk walaupun tersekat di dalam trafik. Jadi aku perlu qada' kembali solat Subuh aku :)

Untuk hadis2 dan rujukan terperinci berkenaan ini boleh la korang rujuk ;

Panduan Mengerjakan Solat Khas (UNISZA)

Cara Solat Jika Terperangkap Dalam Kesesakan Lalulintas

Solat Dalam Kenderaan (JAKIM)

Cara Solat Di Dalam Kereta / Motosikal (Ustaz Azhar Idrus)

Cara Solat Di Dalam Kereta (Ustaz Abdullah Khairi)

Solat Dalam Kenderaan

Koleksi Soal Jawab Solat : Solat Dalam Kenderaan

Cara Solat Ketika Dalam Kenderaan (Ustaz Abdullah Khairi)



P/s : Islam itu dah cukup mudah, tetapi jangan kita permudahkan lagi ye :) Semoga wife
        aku mendapat pencerahan bagaimana solat di dalam kenderaan :)

5 Comments

  1. Makin hari, makin teruk jammed sekarang ni. Tambah-tambah kat kawasan KL ni. Sangkut kat jammed ni memang menyakitkan hati.

    ReplyDelete
  2. kena bertolak awal lagi ... Apapun,good sharing bapak orang:P

    ReplyDelete
  3. disebabkan jammed la kena gerak awal ke office kan walaupaun rumah dekat..huhu

    ReplyDelete
  4. baru tau weh. tq for the info. lama tak jenguk sini

    ReplyDelete
  5. Oh baru tahu. Xpenah dgr pun sebelum nim
    Thanks for sharing

    ReplyDelete