Pantun Hari Raya Aidilfitri 2014

10:21 AM


As salam

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Hari raya lagi beberapa hari
Apsal kosong je lagi balang?

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak tengah nak membesar
Minta tambah lontong lagi sepinggan

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang kerusi belum habis bayar
Si bini tambah pulak hutang ceti

Kalau kail panjang sejengkal
Lautan dalam usah di duga
Balik ke kampung jangan lupa bekal
Jammed di highway payah di duga

Sorong papan tarik papan
Buah keranji di dalam perahu
Untung la orang anak lapan
Lepas raya boleh abah pinjam duit dulu huhu

Tinggi tinggi si matahari
Anak kerbau mati tertambat
Sudah lama aku menanti
Kata hantar kad raya.. apsal aku tak dapat dapat?

Alang alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan
Ipar duai tarik muka masam
Manakan taknya gelang raya titew penuh di lengan

Tanam kuchai rapat rapat
Agar payah puyuh berlari
Cukuplah aku bagi pantun empat kerat
Tahun depan aku buat lagi :)


You Might Also Like

9 comments

  1. makan roti cicah kaya,
    x cukup kaya tambah sardin,
    bro selamat hari raya ya,
    dgn ucapan maaf zahir & batin,

    ReplyDelete
  2. as salam. pandainya afzal berpantun! boleh je nak share entri terbaharu abe kie di fb dsb. BTW, kad raya yg abe kie pos dah terima ke?

    ReplyDelete
  3. salam. fuhhh terbaik pantungnya...nasib baikla sy tak reti berpantun kalau tak..nak jugak berpantun dalam komen ni hehe

    ReplyDelete
  4. eh eh typo la pulak hahhaha
    *pantunnya
    bukan pantungnya hahhaha

    ReplyDelete

  5. Makan kuih di tepi paya,
    Sambil ditemani encik naga,
    diucapkan SELAMAT HARI RAYA,
    dari EYZA dan keluarga

    ReplyDelete
  6. orang melaka ye? kemain pandai berpantun.. ehhehe

    ReplyDelete
  7. Jom pergi pasar raya
    Nak beli ikan patin
    Hai Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir dan Batin :D

    ReplyDelete
  8. berpantun raya pulak dah..best²..seloka raya lah kirenya ni kan..boleh buat lagu ni.. :)

    ReplyDelete
  9. Dah nak rayer kita yer..
    Maaf zahir batin.

    Jom join sebelum rayer, segmen mummy ni. Harap lebih ramai lagi yang sudi..

    Selamat bepuasa dan mengejar lailatul qadar.

    ReplyDelete