Bulan Penuh Dugaan


As salam,

Takde mood nak update pada mulanya, tapi dah lama dibiarkan tanpa cerita. Aku sebenarnya sibuk dengan makmal, dengan ISO nya. Bertambah pula dengan masalah kereta aku, kereta isteri, anak aku ditahan di wad dan banyak pula duit short bulan ni.

Bila aku duduk terbaring, isteri aku meneka yang aku tengah berfikirkan sesuatu kah? Macamana dia tau? Bila dia nampak dahi aku berkerut seribu dan mata aku mengerlip laju. Hehe aku pun tak perasan :) Aku hanya nampak bulan ni penuh dengan masalah yang perlu aku tangani segera dengan cara berhemah dan berjimat sebaik mungkin.


Mungkin kifarah.. itu sahaja jawapan yang aku terima daripada isteri aku. Mungkin juga. Bila Allah berikan aku ujian sebegini rupa, terduduk sekejap aku. Tapi bila aku toleh ke belakang.. aku lihat ramainya umat manusia yang mati kerana diujiNya. Tapi aku pula masih hidup bernafas.

Astaghfirullah aku urut dada. Kecil sangat ujian untuk aku. InsyaAllah, perlahan2 kayuh.. at last mesti sampai ke destinasi punya. Nak tak nak kena hadap juga, aku kan ketua keluarga.

Wang bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan wang.

11 Comments

  1. Moga tok berjaya atasi dugaan ini dgn baik. InshaALlah :)

    ReplyDelete
  2. mengadu lah dgn Allah pasti ada jalan :-)

    ReplyDelete
  3. kdg2 kita ni mmg perlukan sedikit ujian supaya kita x ego..sentiasa bersyukur...
    redha dan tabah, insyallah Dia akan tolong..kita pulak kena la hadapi dengn tenang... :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. betul. semoga dipermudahkan urusan. Allah suka orang yang bersabar. tangani dengan tenang dan penuh bergaya. semoga berjaya!

    ReplyDelete
  6. Banyak kan bersabar..semua orang ada bahagian masing2..tiba time kita kuatkan lah semangat..Ada setengah orang tu yang lagi hebat ujian dari Nya

    ReplyDelete
  7. Semoga Allah ringankan bebanan yang Zal sedang tanggung..banyakkan bangun malam solat tahajjud dan siang hari solat Dhuha.Mohon pada Allah.

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah ringankan bebanan yang Zal sedang tanggung..banyakkan bangun malam solat tahajjud dan siang hari solat Dhuha.Mohon pada Allah.

    ReplyDelete
  9. ujian yang biasa di lalui bila dah berkeluarga ni afzal. tapi itulah kalau kita tengok ada lagi yang lebih susah dari kita. apepun bersabarlah ada hikmahnya setiap apa yang berlaku.mungkin ada sesuatu yang lebih baik menanti.

    ReplyDelete
  10. Nih komen yang sama aku salin balik dari belog rs eyza;

    Hehe. Sebenarnya mood berblogging ni akan berkurangan setelah berkeluarga. Masa telah dibahagi-bahagikan untuk benda lain dan blog dah bukan keutamaan lagi. Apa lagi jika diri sendiri bekerja. Tengok kawan-kawan kita yang lain; sama kannnnnn..... :)

    ReplyDelete