Menu Santai Di Restoran Choleq, Kajang

11:05 AM


As salam,

Susah gak nak cari port lepak malam-malam kan? Ye la kalau boleh malam-malam tak terfikir nak hadap menu berat. Tak sempat perut nak hadam sebelum tidur ye tak? Jdi aku berminat nak kongsikan satu lokasi dengan kalian.

Sekiranya ada antara kalian yang singgah di Kajang atau Jalan Reko, apa kata korang singgah di restoran Choleq untuk mencuba menu yang ada di situ. Maaf lah ye menu tak berat mana, nama pun choleq. So yang cicah-colek je la seperti ikan celup tepung, sotong celup tepung, cucur udang, keropok lekor dan beberapa menu rojak yang boleh kalian pilih mengikut citarasa dan perut masing-masing.


Menu terbaru yang mereka ketengahkan adalah megi ketam dan nasi Kak Wok. Aku tak sempat rasa nasi Kak Wok sebab aku datang pun dah lewat. Tapi isteri aku sempat memesan megi ketam, tapi sayangnya bukan ketam nipah. Megi tersebut dimasak bersama sotong dan dua ekor ketam. Megi rasa biasa-biasa sahaja, jauh seperti apa yang aku bayangkan tapi masih boleh dimakan.


Aku pula pesan menu Choleq Ayam Cherang. Ok boleh tahan dengan kapasiti perut aku yang hampir penuh. Ramuannya ayam, tauhu, lempung (peparu), cucur udang, popia dan bahan-bahan rojak. Kuah yang digunakan adalah sos pencicah, bukan kuah kacang. Rasanya boleh tahan dan sesuai dengan menu santai aku malam itu.


Kalau kalian nak cuba ubah selera boleh la datang ke ;


CholeQ
No 1-G (Jalan Reko Sentral 1),
43000 Kajang, Selangor

You Might Also Like

7 comments

  1. wow.. ini nak kena cuba mee ketam tu...InsyaAllah thn depan balik Kajang..hehe

    ReplyDelete
  2. Huargh.. tertelan air liur .. T_T

    ReplyDelete
  3. hoohhooh menarik utk diterjah.. akan ku jejakkan kaki..

    ReplyDelete
  4. nampak sedap ada ketam tu..kalau tersinggah kajang kalau teringin boleh singgah je kan

    ReplyDelete
  5. akak penggemar ketam..kalau apa2 yang ada ketam,rasa biasa2 je tapi bagi akak paling sedap tu..hahaha

    ReplyDelete
  6. nak tryyyyy . next week baru je cadang nak p kajang . hehehe

    ReplyDelete