Bantuan Yang Ditarik

2:51 PM


Bismillah,

"Dengan ini saya merasmikan bantuan ini dan diharap semua dapat menggunakan secara berhemah dan bersama"

Aku dan beberapa jemaah lelaki bertepuk tangan, bertepuk tampar dan ada yang tepuk amai-amai.

Alhamdulillah masih ada insan yang berhati mulia di muka bumi ini. Staf ofis aku gak. Ura-ura ada mengatakan dia bakhil orangnya, tangkai jering, buruk siku, kalau kain panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga dan sebagainya lagi lah. Nyata telahan mereka meleset. Persetankan mereka. Mereka cemburu

Hidup Encik xxx!!

Hidup Encik xxx!!

Encik xxx tersenyum dan dadanya dikuak sedikit bangga..

**********

Aku baru perasan..

Setelah sekian lamanya kami hidup berbekalkan bantuan yang diberi, aku baru sedar bantuan tersebut telah ditarik balik. Nah, sekarang diletakkan di bawah mejanya untuk kegunaan sendiri.

Gambaran dari jauh. Nampak tak?

Tilam lipat ini telah banyak berjasa kepada anak bangsa.

Puih!! Dasar haji bakhil, tangkai jering, buruk siku, kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga. Gelaplah masa rehat kami lepas ni. Alamatnya berbantalkan sejadah pula la kami. Tak boleh mimpi indah-indah lagi

You Might Also Like

7 comments

  1. kakakhakahakah! padan muka. tang 'kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga' buat gua rasa lu mcm karam singh walia tokk ><

    ReplyDelete
  2. encik xxx penasaran tgk org lain guna benda alah tu mcm tidur atas tilam tebal. tu yg dilipat elok kat bawah meja.. atau mungkin sdg merancang utk menderma sesuatu yg lebih tebal? mungkin..

    lengan adalah bantal terbaikk

    ReplyDelete
  3. hahahha..mungkin dia geram kot sejak dia bagi bantaun tu kamu semua tidur lena siap berdengkur..tapi dia yang tak nyenyak tidur..heheh

    ReplyDelete
  4. Ade la tu yg tak kene sampai ambik balik..takpelah..dah bukan rezeki dapat tidur lena mimpi indah

    ReplyDelete