'> Filem Seram Melayu Yang Ingin Aku Tonton | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Monday, December 15, 2014

Filem Seram Melayu Yang Ingin Aku Tonton


As salam,

Daripada minggu lepas aku beria-ria set masa nak tengok filem bergenre seram komedi di Astro. Aku ingatkan ia ditayangkan siang, rupa-rupanya pukul 11 malam hari Sabtu. Alahai dah la aku sensorang je, alih-alih aku tukar ke Amazing Race. Uhuk uhuk menyesal!

Cerita yang aku maksudkan tu tajuknya Main-Main Hantu. Masa tu aku baru darjah satu. Cerita dia memang la seram komedi tapi suasana, lokasi penggambaran, set dan make up hantu tu bebetul buat bulu roma aku berdiri. Pelakon dia Datuk Hamid Gurkha, Melissa Saila, Nancy Foo, Noralbaniah dan ramai lagi. 



Cerita dia mengisahkan sekumpulan pemain bola jaring dan guru mereka yang terkandas dalam perjalanan perlawanan di Melaka apabila bas mereka rosak. Mereka terpaksa bermalam di sebuah banglo buruk. Banglo tersebut dijaga oleh sepasang suami isteri yang sudah uzur. Mereka mula mengalami beberapa perkara aneh yang pada mulanya menyeramkan. Namun mereka mula menyedari bahawa gangguan misteri tersebut adalah didalangi oleh sepasang penjenayah yang telah melarikan diri dari tahanan pihak polis.


Filem Seram #2

Filem seterusnya yang teringin aku nak tengok adalah Perawan Malam (1988). Masa ni umur aku 5 tahun. Pelakon-pelakonnya seperti Dharma, Ziela Jalil, Rosyam Noor dan Salleh Yaacob.

Filem Perawan Malam mengisahkan Tiga rakan karib sedang membuat kajian didalam hutan rimba. Mereka sering diganggu oleh binatang buas dan dihantui oleh ngilaian. Kehadiran mereka disitu rupanya telah menimbulkan kemarahan pontianak disitu kerana telah mencerobohi kawasannya.




Salah seorang kawannya telah mencucuk sebatang paku dibelakang lehernya dimana dia telah berubah menjadi seorang yang cantik. Kawan-kawannya tanpa mengetahui asal usul perempuan cantik itu yang mereka menggangap anak orang asli di situ telah membawanya pulang ke kota. Oh filem ini merupakan hasil garapan Allahyarham Datuk Aziz Sattar

Filem Seram #3

Perghh filem angker paling seram lagi menyeramkan yang pernah aku tengok sampai sekarang aku masih tak boleh lupa keangkerannya. Filem hasil kolaborasi antara Malaysia dan Indonesia ini mengetengahkan Noor Kumalasari sebagai hantu yang bangun untuk membalas dendam. Korang biasa tengok filem hantu dari Indonesia? Biasa dengan Suzanna? Macamana Suzanna jadi hantu, macam itulah berjayanya Noor Kumalasari jadi hantu.



Filem ini mengisahkan enam remaja secara kebetulan tidak sengaja menghidupkan hantu untuk membalas dendam. Kebetulan juga ayah salah seorang daripada mereka, Susi (Rani Soraya) bertanggung jawab atas pemerkosaan dan pembunuhan keluarga si hantu. Maka bermulalah sesi membalas dendam.
Sebaliknya hantu yang baik hati itu, berjanji tak akan meneruskan untuk membalas dendam asalkan jasadnya disempurnakan. Si hantu (Noor Komalasari) terpaksa jadi arwah yang tidak tenteram kerana anak yang dikandungnya membuatnya tak mungkin mati sempurna. Maka dikeluarkanlah jasad bayi dari mulut hantu tersebut.

Dengan prop, jalan cerita dan paling penting suasana dalam cerita dan solekan hantu tersebut. Kalau korang tengok cerita tu, rasa macam korang jumpa hantu bebetul. Tengoklah part kepala terpusing ke belakang, bayi keluar dari mulut, jalan sensorang memalam. Err tetiba meremang plak bulu roma aku. Aku rasa kalau aku nak tengok cerita ni pun, aku tengok siang-siang kot. Bukan aku takut tapi hantu tu yang tak takutkan aku uhuk uhuk.
**********

Kita juga mampu menghasilkan filem-filem seram dan kembalikan kualiti filem lama ke era ini. Aku harap penggiat-penggiat seni dapat belajar sesuatu daripada filem-filem seberang terutama filem seram yang diakui keangkeran jalan cerita dan hantu-hantunya.
Heh tak memasal aku terus Google dan download tiga filem yang aku maksudkan di atas. Kalau korang berani.. downloadlah. Tengok filem Misteri Rumah Tua tu ye :D

8 comments:

  1. crita hantu saya tak tengok sangat sebab nanti saya mimpi hantu

    ReplyDelete
  2. perawan mlm tu aku leh terima,tapi mesteri rumah tua tu..aku takleh lupa bijik mata noorkumalasari tu..perrgghhh..ngigau aku mlm2.

    berkemungkinan besar kalau aku tgk lagi..mmg aku terpaksa pakai pampers memlm..hahahaa

    ReplyDelete
  3. Filem norkumalasari berlakon tu memang filem malaysia paling seram la.kalau tayang kat tv sekarang pun akak masih tak sanggup tengok..terinagt masa kecik ,filem ni tayang kat tv waktu petang.jam 2 petang kot..masa tu la opah suruh pi kedai beli tembakau..sabar je la..punya kayuh beskal macam nak tercabut kaki..dah la jalan sunyi time tu..seram je rasa,,..heheheh

    ReplyDelete
  4. saya ni penakut..so mmg tak tgk ler citer hantu ni.. klu hantu cina yg lompat2 tu pernah ler layan sebab lawak.

    ReplyDelete
  5. akak tengok perawan malam kat youtube bulan lepas kot..best..ziela zalil tu memang real punya hantu la..haha..ops, cerita rahsia rumah tua toksah diceritain..seram bangakkk..kalau bukan orang jawa dan ilmu tidak penuh di dada, jangan sesekali tengok cerita tu..huhu..perawan malam pulak memang lawak habis masa salleh yaakob nak masak ayam..sampai tercirit ketawa..

    ReplyDelete
  6. Rasa mcm pernah tgk. Citer tu mmg seram. Norkumalasari plak mmg air muka dia misteri. Dgn mata bulat. kalah mata maya karin. Satu lagi filem dia Detik 12 malam.

    ReplyDelete
  7. nak tengoklah cerita main main hantu tu..kot ade kat youtube ke..

    ReplyDelete
  8. haish tak berani layan cerita macm ni sorang-sorang

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com