Blog Sihatimerahjambu

Kopi O dan Maggi

12:12 PM


Bismillah,

Setiap hari aku akan teguk setengah cawan kopi o dan bakinya aku bawa keesokan hari. Hari-hari pun macam tu. Kat rumah dan ofis tak ada beza. Kalau di rumah, sebelum tidur setengah cawan dan keesokan pagi seusai subuh setengah cawan.

Bukan malas buat air tetapi hakikatnya aku tak mampu. Nak habiskan cawan tinggi ini haruslah kena dua hari. Seuncang kopi o kalau aku bancuh dalam cawan kecil molek, harus gelap terus hati aku penuh ngan kopi. Kadang-kadang seuncang tu aku guna dua kali bancuh.

Tak basi ke?

Kopi o tak basi. Cuma kotor dan menjijikkan kalau ada cicak atau lipas masuk ke dalam bekas air kopi o kau tu.

"Cicak dan lipas dilarang terjun"

Tu pun kalau dorang faham. Kalau tak guna je la penutup bekas yang kau dapat masa beli bekas air tu dulu. Bukan free, kena bayar tu!!

bagai pinang di belah dua

**********

Ni aku marah..
Siapa kata megi tak boleh makan?

Aku makan semalam
Hari ni boleh je aku taip entri lagi

Bukan tak boleh makan
Tapi tak baik untuk kesihatan

Tinggi betul gaya bahasa masyarakat kita sekarang
Sampai bahasa Melayu sendiri kena translate ke bahasa Melayu

You Might Also Like

10 comments

  1. patutlah ko teror afzal..rupa-rupanya rahsia n tips ko teror..minum kopi semalam..lps ni aku nk follow lah...

    ya..kopi semalam..kopi semalam..

    ReplyDelete
  2. kalau cawan tinggi tu , anis pon tak larat nak habiskan..hahah..

    ReplyDelete
  3. x syok la minum kopi o dah sejuk.
    minum panas2 baru masyukkkkk!

    ReplyDelete
  4. bekas air tu cam bekas air somi akak je..somi akak buat kopi satu bekas tu tak sampai sehari dah habis..heheh

    ReplyDelete
  5. haha betul.
    kalau selagi cicak ke apa tak masuk bekas selagi tu bisa diminum ! kekekeke

    ReplyDelete
  6. uhh.. tingginya cawan. mujur ada org mcm ni jugak. sebab bila buat kopi tu seuncang utk secawan, rasanya air mata pun boleh jadi hitam. Selalu seuncang utk seteko ^^ nak simpan semalam memang tak la melainkan letak dlm peti sejuk dan campur ais.



    ReplyDelete
  7. Kalau bekas air camtu memang takleh habis..kopi o lak tu kan

    ReplyDelete