'> Pisang Goreng Cheese Coklat | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, December 30, 2014

Pisang Goreng Cheese Coklat


Bismillah,

Pertama kali aku ke walimah.. jamah pisang goreng cheese coklat dan itu buat pertama kali aku jamah dalam hidup aku. Sebelum ni tau, nampak dan dengar tapi tak sampai seru untuk cari. Mungkin belum mengidam lagi.

Mak aku dah amik port baik tepi kuali.. asal selesai pisang digoreng terus minta sekeping dua ke dalam piring dia. Begitulah rotasinya sehingga aku sampai. Adik penggoreng tak boleh buat apa, mak aku Pengerusi Jiran Wanita. Bijak dia menggunakan peranannya, tapi bila suruh berucap dan dan demam hahaha :D



"Sedap gak mak"

"Pegi la amik.. mak jaga kerusi"

Aku masuk baris, tak macam mak aku. Aku spesis behave. Almaklumlah mantan pengawas sekolah 3 tahun berturut-turut. Orang kata lagi sedap kalau coklatnya guna Nutella.

**********

Entah siapa la yang buat kombinasi ni. Aku difahamkan Sabah Sarawak dah lama ada menda alah ni. Tapi bukan sembarangan pisang boleh masuk. Pisang abu adalah pisang terbaek. Disamping teksturnya yang lembut, rasannya yang cukup umphh dengan kandungan vitamin E kompleks dan G Major.. eh

Chis! Chis! Chiissss!!

Dan dan boleh pulak abis. Time turn aku plak tu! Tak sempat habis promote. hmm.

By the way pisang goreng cheese sangat sedap dimakan tanpa mengira waktu lebih-lebih lagi dimakan percuma cenggitu :) Ia juga tergolong dalam menu bajet-bajet western (western cheese dan pisang Abu - local netizen) 

Okey next time boleh buat sendiri kat rumah. Harap biru la mata aku lepas nih.



P/s : Aku biasa cicah pisang ngan sambal ikan bilis.. sedap! Cuba korang try

22 comments:

  1. sedapnyeeee .. tambah tambah petang petag sejuk sejuk ni plakk

    ReplyDelete
  2. pisang cheese coklat ni akak boleh makan sikit je..macam muak la..dah pisang manis boh coklat pulak..erm..mengeliat2 kalau makan banyak..tapi akak pandai buat ni tau..ada orang dia goreng pisang tu macam pisang goreng biasa..tapi kalau akak buat akak goreng pisang tu kosong2 je tak de salut tepung..goreng guna majerin sikit..malas la nak citer..buakan kamu buat pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak kalau ngan pisang abu ok kak.kombinasi yg menarik sebab pisang abu xmanis sgt. Ala akak gitau la, nmpak nau saya bukan sape2 di mata akak cheewah :D

      Delete
  3. dah bersepah org jual sekarang ni... kalau sabtu ahad mmg minum petang kat rumah sambil layan pisang cheese + coklat + susu.... amik kau kombinasi yg boleh menyumbang kepada diabetes kalau tak dikawal segera.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la bersepah. Dia bermusim, macam jeruk asam boi la. Sedap, mudah tapi sebab kita sibuk.. Beli sahaja lah. Gemuk pada cheese ngan coklat. Lepas makan terus lari 3 x pusing padang la ahaks

      Delete
  4. sedap ke..melambak aku jumpa kat pasar malam, tapi tak terlintas nak cuba..5 ketul ..harga 3.50, ..kalau aku beli pisang biasa dapat sepalstik,..nak makan..aku sebut..cheeeseeeeee..ok lah dari takde kan...pisang abu tu asalnya founder dia pak abu aku agak2.

    eh, afzal, selamat tahun baru, aku nak bagitau secara jujur.tahun ni ikut kalendar ahcong zodiak dia kambeng, as u dont know, aku tahir tahun 79 yakni tahun kambeng, so tahun ni mtk ko respek lebih kat aku yer.".sebab ini tahun aku yang punyaaaa aaaa"

    aku dah tukar link blog again..semperna tahun aku..aku rasa kekal kot..hahahaaha...kalau ko sudi tukar2lah yer..kat bloglist ko tu..aku tak paksa..tapi kalau ko tak tukar..aku htr gang2 gurun ke sana.. huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru kak. ye tahun ko ye? kambing pon kambing la..jangan lupa mandi. Nanti aku tukar link blog ko tu. Ye la tahun baru, kambing pemes macam ko je asyik tukar link blog wakakaka

      Delete
  5. memang sedap..nad dah rasa..ni nak lagi..haha..macam ketagih dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai nad sampai ketagih. tapi ketagih pisang cheese cekelat better dari ketagih bau stokin suami ye dak?kikiki

      Delete
  6. errkkk...belum penah lagi..tapi cheese tu...mmg xgemar..xtahu la kalau ada cheese leh telan ke tak...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak suka cheese?ternyata kalian tergolong dalam golongan mereka2 yang rugi ihik2

      Delete
  7. Amalkan tok jangan tak amal. kite dah buat, seminggu je mata dah jadi kelabu sekarang nak arah ke biru laut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kuantan memang klakau cenggini ea?dlu masa 22 tahun tok dok kl, tatau buat lawak tapi sejak dok kuanta 2 tahun pastu kenal plak ngan ekau.. lawak tok semakin menjadi2 plak

      Delete
  8. coklat :-)

    cikanggur10.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. oooo pisang gorengggg lebih enak dimakan begitu saja..Nak buat cemna tok, gua jenis old-fashion girl.
    girl?? mueheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko tapenah try ke?turun kajang la banje tok seround. 5 hengget je 5 keping

      Delete
  10. Memang sedap pisang goreng cheese coklat ni.Tapi lagi sedap kalau dia siram dgn coklat syrup hersheys.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. woo hersyeys plak ke?mak aih kalau cekelat tu, ada harapan 5 keping rm10 kot? makan sendiri kat umah ok kot, kalau buat jual, melingkup ahaks

      Delete
  11. Huuu.. nampak sedap giler.. Air liur menjejes-jejes.... Hwaaaa *nanges bawah meja

    ReplyDelete
  12. memang sedap boleh buat ketagih tapi takleh lawan pisang goreng cicah sambal kicap kot..hee

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com