'> Sesuatu Yang Pelik Pada Gambar Ini! | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, December 9, 2014

Sesuatu Yang Pelik Pada Gambar Ini!


As salam,




Ok aku nak kongsikan beberapa keping gambar yang aku dapat daripada bos aku, yang dihantar oleh adik iparnya sewaktu bercuti di Santubong, Sarawak. Dia ada juga nyatakan hotel tempat mereka menginap, tapitak perlu la rasanya aku nyatakan di sini.

Gambar diambil secara continuously pada pukul 4.30 petang di sekitar kolam hotel oleh suaminya. Dalam gambar-gambar tersebut kelihatan pelik bila terdapat bayang-bayang hitam lain selain bayang mereka berdua dan lebih pelik lagi pada gambar terakhir di mana belakang kepala adik bos aku tu terdapat sepasang tangan seperti tangan budak kecil.

Aku telah mendapatkan kebenaran untuk berkongsi gambar ini. Dia berpesan gambar ini bukan untuk menakut-nakutkan orang di luar sana tapi hanya sebagai bukti yang 'benda' itu memang ada dan wujud. Bila aku cari di enjin carian Google, tak de plak kata hotel tempat mereka menginap ni berhantu. Tapi hotel tu memang sunyi suasananya. Nak buat macamana, rezeki mata.

Sama ada korang nak percaya atau tidak, terpulang. Aku tak rugi apa-apa, sekadar berkongsi pengalaman orang lain. Kalau ada gambar pelik-pelik lagi, aku kongsikan lagi ye :)

14 comments:

  1. hurmmm..tengok orang pon tak ramai mandi kolam tuh..musykil jugak nih..iskh

    ReplyDelete
  2. huishhh...rasa gerun lak tengok... tgk suasana pun mcm sepi je..hotel tu..

    ReplyDelete
  3. tak berani tengok gambar tu lama2...serammm

    ReplyDelete
  4. memang pelik sangat ni..apakah sebenarnya yang berlaku?

    ReplyDelete
  5. Konfirm ke gmbr ni tak di edit? kalo gmbr ni genuine... adui seramnya. Terasa seperti toshio sudah kembali.

    ReplyDelete
  6. gambar last paling seram tu..berdiri bulu tengkok ceq!

    ReplyDelete
  7. mnyeramkn. tapi tk mustahil ada byk jin berkeliaran

    ReplyDelete
  8. mengarot lah.. semua ni ilusi optik. bayang hitam tu adalah kaki perempuan dalam gambar tu.. disebabkan dalam air, kaki tu nampak bengkok sikit.

    tangan tu pulak adalah tangan orang berenang belakang perempuan tu atau mmg ad org saje letak tangan kat situ. buktinye bandingkan saiz tangan tu dengan tangan perempuan tu. tangan org dewasa, tapi kecik, maknanya jauh di belakang. n kalau tengok air mmg ada gelombang menunjukkan ade orang lalu atau berenang kat belakang.

    n xde kaitan ngan xde org mandi. hahaha

    ReplyDelete
  9. Ni yg malas buka blog tgh malam ni...berdiri bulu roma a'kak.
    ..

    ReplyDelete
  10. Biar betik!... atau memang tangan hantu?.. fhotoshop ke bro?..hehe.. seram giler..5 GAMBAR BAYI DILAHIR BERWAJAH ANEH

    ReplyDelete
  11. tengok hotel kat belakang tu pun dah seram..apatah lagi ada benda tu dalam air..

    ReplyDelete
  12. yang last tu kalau betul mengerikan..

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com