Lawak Puan Isteri

5:22 PM

Bismillah,

Sejak dua menjak ni isteri aku suka buat lawak, dalam keadaan aku sedar atau pun tidak. Kalau aku sedar, aku akan gelak walaupun lawak tahap biasa-biasa. Bukan lawak peringkat zon atau daerah. Aku gelak bagi semangat agar dia boleh terus menghasilkan lawak-lawak yang bisa memutuskan urat kentut aku.

Kadang-kadang dalam aku tak sedar contohnya bila tengok berita, dia bercakap sensorang. At last baru aku tau dia tengah melawak dengan aku rupanya. Rasa bersalah sebab tak gelak satu.. rasa bersalah sebab tak faham pun ada.

Ke sebab lawak-lawak isteri zaman sekarang memerlukan sel-sel otak suami berhubung terlebih dahulu? Atau adakah lawak puan isteri sudah mencapai tahap lawak-lawak di kalangan cendekiawan? Lawak yang memerlukan buku-buku tebal sebagai sumber rujukan?


Bagi aku untuk mengelakkan rasa bersalah, aku suruh dia ulang lawak tu balik. Sekurang-kurangnya aku boleh cuba gelak balik tapi kali ini dengan lebih ikhlas dan lebih kuat.

Tak kelakar belakang kira, janji bagi semangat.. itu yang penting. Kata suami.. kena la support isteri :) Tak gitu?

You Might Also Like

9 comments

  1. kena gelak jugak sungguhpun tak lawak mane tau :p

    ReplyDelete
  2. haha sian wife..xpe bg smgat lgi untuk lawak seterusnya..;p

    ReplyDelete
  3. mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, eh betul tak penggunaan peribahasa gua tok? ><

    ReplyDelete
  4. menyangkit ngan ko la zal..dia pon belajo2 gak melawak..gelak je laa wpon tak kerakar..kata nk bagi semangat..tak gitu?? huhuh

    ReplyDelete
  5. mesti hangin puan isteri...kalau camtu afzal kena ajar melawak lah bagi momentum lawak tu setaraf afzal :)

    ReplyDelete
  6. abam, gelak kena ikhlas tau, karang dia muleh pasan kalau gelak2 abam tu hambar..

    haha.

    ReplyDelete