Game Review : Joe Dever's Lone Wolf

11:05 AM


Bismillah,

Diadaptasi daripada koleksi novel Joe Dever yang mengetengahkan novel bergenre permainan di mana pembaca sendiri menentukan setiap keputusan yang hendak dibuat dan jalan ceritanya. Aku berkesempatan bermain dengan novel ni masa di sekolah menengah dulu. Suspen jalan ceritanya, kalau duduk sensorang boleh tegak bulu roma.


Ok daripada novel, kini ia diperkenalkan untuk permainan android plak. Tajuknya Joe Dever's Lone Wolf. Permainan strategi yang mengekalkan konsep yang sama seperti novel. Setiap keputusan yang kita buat akan menentukan jalan cerita kita yang tersendiri. Sorry to say, game ni memang layan. Korang boleh muat turun aplikasi ini di Google Play Store secara percuma.



Sayangnya percuma hanya untuk jilid awal sahaja, untuk sambung ekspedisi kena beli. Hmm walaupun aku dapat main episod awal, apa yang boleh aku katakan game ni sangat memuaskan. Grafik cantik, jalan cerita menarik tentu tak bosan untuk kaki-kaki game di luar sana.



Ok aku rate 4 bintang untuk permainan ini, kalau dia buat free.. dah tentu aku bagi bintang penuh :)

You Might Also Like

2 comments

  1. Game macam ni, geng-geng kawan laki suka betul. Siap wassap janji pukul brape nk online sama-sama. Solo games / grouping ni?

    ReplyDelete
  2. best best best main game tembak² ni..favourite Fiza Max Payne..Lone ranger :)

    ReplyDelete