Harapan Isteri

7:52 AM


Bismillah,

"Abang, harap-harapnya nanti bila kita dah tua.. Jasmeen sanggup tadah muntah kita nanti ye", ujar puan isteri sambil mengesat cadar tilam yang dibasahi muntah Jasmeen.

Aku diamkan je walaupun aku terkesan dengan harapan isteri aku tu. Selama ni pun dia je yang rajin mengadap dan menadah muntah Jasmeen. Aku kadang-kadang.

Apa yang kita buat hari ini, kita akan dapat juga nanti. Itu hukum alam, sememangnya rotasinya begitu. Jadi jangan persoalkan kenapa aku begini.. kenapa aku begitu bila tua nanti. Paling ke belakang sekali sekala dan lihat apa yang telah kau lakukan dulu.


Kau mahukan terbaik esok.. jadi buatlah yang terbaik sekarang. Bukan untuk kau sahaja, tapi peringatan untuk diri aku juga. Aku harap satu hari nanti Jasmeen akan baca entri aku ini.. ini harapan ibu.

Terima kasih puan isteri kerana mengingatkan.


You Might Also Like

2 comments

  1. harapan seorang isteri dan seorang ibu memang begini..selalu fikir yang akan datang dan sentiasa berdoa untuk keluarga :)

    ReplyDelete
  2. mudah2an Jasmeen membesar dengan sihat.. moga adpt berbakti pada mak ayah dan adik2 nya... opss..

    btw, rotasi mmg ade word tu ke..?

    ReplyDelete