Blog Sihatimerahjambu

Bapak Bajet

12:02 PM


Bismillah,

Aku keluar dengan anak isteri. Cari sampul duit raya. Nampak tak, punyalah nak kata banyak raya sampai tak sabar-sabar nak sorting duit raya haha hamek kau.

*tangan di bahu, mata juling-juling itik - new phrase

"Abang, bebudak tu kata abang bajet. Abang buat apa tadi?", sapa puan isteri dari belakang.

Dia kata terdengar perbualan gadis-gadis yang baru melintasinya tadi. Aku sedikit terpinga-pinga. Bajet raya atau nasi bajet? Aku berteka-teki sendiri. Apa aku dah buat?

Seingat aku, tadi aku berselisih dengan dua ke tiga orang gadis dalam anggaran usia 20an, dengan potongan badan ehh ehh bukan. Dorang mengagah si Jasmeen sambil menguntum senyum kepada aku. Respon aku?

Aku buat bodo je la, mata aku terus pandang tempat lain. Apa yang dorang harapkan respon dari lelaki pemalu macam aku ni? Yeah aku seorang pemalu dengan orang asing, makhluk asing mahupun gula Ising.

Ni la masalahnya. Tak respon, kata aku bajet. Kalau aku respon, kata aku gatal.

Korang nak apa sebenarnya ni?

Tapaham aku. Seyes!

You Might Also Like

5 comments

  1. hahahahaha derang nak penampo..

    ReplyDelete
  2. dahagakan ramah mesra orang ramai la tu,

    pernah la dulu cakap lelaki sekian2 bajet tapi bukan lelaki yang memegang anak...XD

    ReplyDelete
  3. kecik beso je aku tgk gmbr ni

    ReplyDelete
  4. hahah..bila tak senyum di kata bajet 2015 eh..gitu pulak

    ReplyDelete
  5. 2 orang??mungkin budak 2 orang tu bajet mereka akan jadi no 2 dan ke tiga..untung la kamu Afzal...hahhaha

    ReplyDelete