Blog Sihatimerahjambu

Mak Aku Menangis

11:22 AM


Bismillah,

Aku tengok mak aku jalan jauh sikit dari kami adik beradik. Dua meter jaraknya di hadapan kami. Adik aku cuba merapat, tapi mak aku semakin cepat berjalan. Acapkali dia mengesat matanya dengan hujung lengan baju kurungnya. Panggilan adik aku langsung tak dipedulikannya.

Mak menangis?

Aku gabra. Mesti ada sesuatu yang buatkan mak beremosi. Mungkin kami ada lukakan hati dia hari itu. Sebagai abang sulung, aku merapati mak. Pada mulanya mak mengelak.. tapi bila aku pujuk berkali-kali, baru nampak dia mengalah. Dia memberhentikan langkah.




"Kenapa mak?", tanya aku

Mak memandang aku dengan mata yang sedikit berkaca

"Mak penat, sakit kaki mak.. Kalau tau macam ni, sumpah mak tak nak ikut", mencebik-cebik mak di tengah orang ramai.

Haha penat aku mikir salah apa yang kitaorang buat, rupanya sebab penat. Selalu mak menangis bila tengok drama Melayu je. Menangis genre ni merupakan perkara baru dalam hidup aku. Sian plak bila jadi macam tu.

Nak tak nak kitorang terpaksa la balik jam tu gak. Dalam kereta aku tengok mak kembali ceria gumbira, tapi adik aku plak pegi bantai menangis..

..sebab baju raya dia tak beli lagi hahaha.

Nasib ko la dik..





P/s : Pertama kali mak aku menangis sebab penat shopping raya haha klakau betul mak aku.


You Might Also Like

6 comments

  1. Sian dia Zal..gaknye dia serba salah nk bagitau kot yg kaki dia sakit kat anak2..last2 menangis jelaa yg bule dgn harapan anak2 dia akan bertanya..kekeke..

    ReplyDelete
  2. heheh...sampai sakit kaki shopping ..lepas ni mesti serik dah nak ajak anak2 shopping..ekekek

    ReplyDelete
  3. alahaii sian mak afzal..penat sangat tu sampai nangis.

    ReplyDelete
  4. Kesian mak Afzal..Balik Trus urut kaki mak ya..hihi

    shafiqhashim.blogspot.com

    ReplyDelete