'> Sampin Raya Versi Ada-Ada | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Thursday, July 9, 2015

Sampin Raya Versi Ada-Ada


Bismillah,

Versi ada-ada ni means bukan semua orang mampu miliki, jarang-jarang orang nak beli. Hari ni intipati cerita aku.. sampin raya versi ada-ada.

**********

sampin cantik dan mahal seperti ini dikatakan mampu menutup lompong-lompong jerawat si pemakai
-orang kata, bukan aku yang kata


"Epy tau tak sampin songket tu.. ala yang cantik bunganya tu", tanya puan isteri pada bos dia

"Haah napenya? Mu nak ke? Kalau nak amik la, tapi jaga bebaik ye", balas si Epy.

Cuak plak bila bos dia ingatkan macam tu. Ye la rate sampin songket macam tu.. mau makan ratus-ratus. Aku pun pernah tengok, ada la dalam RM 500++ harganya. Lapan kali aku telan air liur, patbelas kali aku dok belek-belek beg duit, termasuk pakej belek poket seluar depan, tepi dan belakang.

"Mesti mahal kan? Berapa harganya ye sebab hari tu Zati nampak harganya dalam RM 200 lebih macam tu", tanya puan isteri lagi.

"Aku pun big bos yang hadiahkan Zati oi", jawab Epy. Untungla kalau dah namanya anak sedara big bos.. semua dapat.

"Ye la berapa?", puan isteri makin teruja nak tau harganya. Gaya tanya tu macam nak belikan aku satu je kan?

"RM 14 ribu", jawab Epy ringkas.

"Okey foine! Lupa plak suami Zati pakai jubah tahun ni", puan isteri terus matikan perbualan.

Gila! Jangan buat pasal.. kang ada aku trade in sampin tu ngan moto plak kang.  RM14K untuk sampin songket? Serius?

Aku agak-agak la kan.. sampin tu kalis peluru kot? Ke function dia macam freezer? Err..





P/s :Meh RM patbelas ribu tu bak mai kat aku, aku nak bayar PTPTN

5 comments:

  1. hahaha patbelas ribu rupiah tu bukk.. wakakaaka. apalah beli sampin memahal, bukannya boleh kalis api neraka pon.. :3

    ReplyDelete
  2. errr...tak paham jugak kenapa perlu sampin berbelas ribu, nak beli sampin beratus untuk suami pun berpeluh!

    ReplyDelete
  3. 14 ribu??memang pakai tak buka2 la jawab nya..makan nasik pun hidang atas sampin tu..kira berbaloi bayar 14 ribu dari simpan elok berlipat dalam lemari..kan??

    ReplyDelete
  4. Mak Aihh..memang betul ada² ni..raya pakai sampin je la kan..

    ReplyDelete
  5. sampin masa nikah dulu, recycle guna tiap2 tahun :-)

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com