Apa Ada Dalam Pouch Lelaki?


Bismillah,

Selalu aku tengok tas tangan puan isteri, ada macam-macam barang. Nasib saiznya kecik, kalau besar aku agak mungkin aku akan jumpa rak kasut atau mesin basuh. Sampai resit TESCO bulan 8 tahun lepas pun dia ada simpan lagi.  Artifak sejarah dah tu!


Berbanding aku sebagai jejaka masku (masku adalah lelaki yang acah-acah maskulin) dalam pouch aku ada beberapa barang yang aku rasakan penting untuk dibawa ke mana-mana. Antaranya adalah :


Dompet
Sangat penting untuk dibawa ke mana-mana hanya kerana kad pengenalan dan lesen memandu. Hanya akan aktif pada akhir bulan dan kembali sepi selepas seminggu. Ada banyak kad bank, di mana jika dijumlahkan keseluruhan baki dalam akaun boleh mencecah RM8.54.


Power Bank dan Kabel
Power bank ihsan mak aku (power bank aku kat kawan aku) dan kabel Nokia (walaupun aku guna telefon Lenovo). Penting kerana aku perlu kekalkan kuasa bateri pada tahap optimum untuk terus bermain online game (Seven Knights).


Telefon Bimbit
Benda kedua terpenting selepas dompet. Pernah dimiliki oleh Jasmeen (tengok video Didi & Friends) dan kini diambil alih kembali oleh aku sebab aku tengah kumpul dana nak upgrade telefon baru. Bateri charge penuh 18 jam dan hanya mengambil masa 5 jam untuk habis.


Pen dan Ketip Kuku
Pen perlu setiap kali aku lewat ke tempat kerja, minta tandatangan sokongan beserta alasan lewat kepada pihak atasan. Ketip kuku bukan sahaja digunakan untuk tujuan yang sama, malahan turut digunakan untuk mencarik bulu hidung dan ketip benang-benang yang berlebihan pada baju.


Pencuci Muka
Penting pada aku walaupun kadang-kadang aku rasa menyempitkan pouch je. Aku biker dan aku perlukan pencuci muka untuk membersihkan kotoran dan habuk yang tersumbat di dalam liang-liang pori (ayat poyo iklan). Lagipun pencuci muka ni sejuk (ada menthol) dan menyebabkan aku kerap kali terbabas kerana terlalu selesa kesejukan dan terlelap di atas motor.

Itu antara barang yang ada dalam pouch aku. Lelaki lain aku tak tau. Dalam pouch/tas tangan korang plak ada apa je?


6 Comments

  1. senang je jadi lelaki. sikit je barang nak bwk sana sini. kalau beg perempuan alahaiiii mcm2 ada. kalah tesco x'D

    ReplyDelete
  2. bag aku semua aku ada..kecuali duit..hahahahaaaa

    ReplyDelete
  3. Okay laaaa Okay laaaa..Normal la tu lelaki khaaaannn..Barang dlm bag pouch pon tak banyak.. :D

    ReplyDelete
  4. Kalau beg perempuan macam buka peti ais, macam-macam dia sumbat.. hahaah..

    ReplyDelete
  5. Bag perempuan tak usah cakap la. Serupa poket doremon. Tak de beza.
    =P Kaaahh.. Stress kekadang bila carik kunci rumah n handphone.

    ReplyDelete
  6. jarang lelaki bawak pencuci muka dalam pouch atau bag. Jangan ditanya dalam beg perempuan ada apa, memacam ada..bak kata afzal ada rak kasut peti ais bagai.haha

    ReplyDelete