Blog Sihatimerahjambu

7 Tips Memikat Hati Mertua

11:20 AM


Bismillah,

Mertua adalah ibu bapa kepada suami atau isteri yang mana levelnya sama dengan ibu kita. Bagaimana kita hormati ibu bapa kita sendiri, begitu lah sebaliknya hak yang sepatutnya diberikan kepada mertua.

Tips ni general tetapi kebanyakannya khas untuk para isteri kerana selalunya rata-rata menantu perempuan tak 'sebulu' dengan mertua mereka. Jadi aku kongsikan pengalaman aku dan kawan-kawan yang lain yang aku fikir berguna kepada mereka yang baru mendirikan rumah tangga.



Dengar Dan Diam
Bila mertua tegur, mohon jangan menjawab.. apatahlagi terus pangkah walaupun kita tau apa yang mereka katakan itu tak semestinya betul. Kita diam dan dengar, tapi tak semestinya kita ikut. Kita diam dan dengar kerana kita bagi dia peluang untuk luahkan apa yang dia rasa. Jika kita nak luahkan apa yang kita rasa, jangan pada waktu itu. Mungkin keesokan hari atau bila kita lihat mood nya sudah kembali ok.

Belajar Memasak
Mertua suka bila anak menantunya ingin belajar masakannya. Kita mungkin akan dimarah waima cara potongan bawang juga akan diambil kira tetapi bersabar lah. Kita hendak masakkan untuk anaknya yang dah terbiasa makan lauk kegemaran yang dimasak ibunya. Walaupun tak sempurna, sekurang-kurangnya 80% menghampiri sudah memadai. Di sini kita mungkin akan dapat sedikit sebanyak petua untuk menyedapkan makanan. Kan untung!

Ringan Tulang
Bila berada di rumah mertua, rajin-rajinlah ke dapur cari kerja yang patut dibuat walaupun hakikat sebenarnya kita sebenarnya malas dan. Kalau tak ada kerja, ringan-ringankan mulut tanyakan kerja apa yang patut kita tolong. Jangan duduk mengangkang kat ruang tamu atau bilik kalau tak nak jadi bahan umpat ipar duai yang lain.

Bonus dan Ucapan
Dah la jarang balik kampung.. jangan berat sangat nak tanya khabar atau ucap selamat bila tiba hari lahir mertua. Ucap tahniah atas kejayaan atau tawarkan pertolongn jika mereka dalam kesusahan. Tak perlu jumpa pun, whatsapp kan ada. Sekali sekala bergurau apa salahnya. Bila ada rezeki lebih, hulurkan kepada mertua. Kalau mereka tak mahu, belikan sahaja barangan keperluan harian atau barang dapur. Jika kita amalkan, insyaAllah makin murah rezeki kita.

Zuriat aka Cucu
Rezeki, ajal dan maut itu di tangan Allah. Kalau ada rezeki kita terima. Tetapi jangan sesekali tolak rezeki dengan alasan yang tak masuk akal. Sebab kerja, tiada pengasuh atau tak puas enjoy tu semua alasan cliche. Cucu adalah salah satu cara untuk merapatkan hubungan kita dengan mertua. Percayalah keluarga yang ada cucu dahulu akan disebut-sebut dan diberi keutamaan.

Kredit untuk Pasangan
Bila suami beli hadiah untuk mak abah dia, dia akan jual nama pasangannya dengan mengatakan hadiah itu pemberian isterinya dan begitu juga sebaliknya. Ini adalah bertujuan untuk membina prasangka baik antara mertua kepada menantu secara tak langsung dapat merapatkan hubungan mertua dan menantu.

Jangan Berkira
Bila mertua minta tolong, katakan boleh. Jangan kerap bagi alasan. Jika mereka minta tolong belikan barang, jangan harapkan wang daripada mereka selagi kita mampu belikan. Bila ajak keluar bersama, bila shopping barang kita.. jangan lupa untuk belikan satu untuk mereka. InsyaAllah hubungan akan semakin baik dan akrab.

Itu antara tips yang dapat aku kongsikan, malahan banyak lagi sebenarnya. Yang penting buang rasa ego dalam diri. Mertua levelnya lebih tinggi daripada suami. Rosak hubungan kita dengan mertua.. akan rosak jugalah hubungan kita dengan suami dan kesudahannya tiada syurga untuk kita.

Semoga beroleh manfaat di atas perkongsian insyaAllah :)


You Might Also Like

4 comments

  1. hoho even x kawen lagi,boleh la ingat sikit2 utk bekalan akan dtg ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha boleh Amira. perlahan2 absorb ilmu dari kengkawan :D

      Delete
  2. boleh dijadikan panduan kelak. tq tok :D

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dapat mertua yang baik :) kena terus memikat hati mertua ni.

    ReplyDelete