'> Seratus Kali Ganda | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Friday, March 11, 2016

Seratus Kali Ganda

Bismillah,

Sebelum aku turun kereta, sempat puan isteri seluk duit di dalam dompet dia dan berikan pada aku.

"Untuk apa ni yang?", tanya aku.

"Abang sedekah kat pakcik depan bank tu ye",balasnya

Mata aku pantas memerhati seorang pakcik seusia abah aku duduk bersila di hadapan pintu masuk bank. Di hadapannya tersusun beberapa bungkus keropok untuk dijual.

kredit Zain Asri

Aku selesaikan urusan aku di bank terlebih dahulu dan kembali kepada pakcik tersebut. Pakcik tersebut senyum dan menawarkan keropok kepada aku. Aku boleh je sedekah tapi kasihan keropoknya tentu takkan habis terjual. Aku beli satu walaupun stok di rumah masih banyak tak terusik.

Aku ambil rambang dan serahkan wang kepadanya. Raut wajahnya menguntum senyum lagi dan ucapan syukur kedengaran. "Terima kasih nak. Semoga Allah murahkan rezeki anak insyaAllah", ujar pakcik tersebut.

Aku balas senyum. Doa tu pun dah cukup untuk aku sekeluarga.


**********

Keesokan hari aku dapat mesej dari puan isteri.

"Guess what abang.. ayang dapat bonus hari ni!"

Aku tergamam sebab nilainya seratus kali ganda daripada apa yang puan isteri keluarkan dari dompetnya semalam.

Syukur alhamdulillah.
Terima kasih pakcik, doa pakcik dah dimakbulkan Allah.


9 comments:

  1. Alhamdulillah...itu janji-Nya..dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga =)

    ReplyDelete
  2. beri 1,,dapat 10 ,,alhamdulillah ;)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... Allah murahkan rezeki org yg bersedekah. (^^,)

    ReplyDelete
  4. Kadang kadang kesian tgk warga emas macam ni. terpikir jugak mana anak anak dorang ek. apa pun, dalam rezeki kita memang ada rezeki utk mereka..sikit yang kita sumbangkan pd dorg, tinggi ganjaran yang allah beri.

    Btw. first time masuk blog ni. Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..

    tetiba rasa sebak..macam mana la kehidupan pak cik tu ya agaknya?

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...the power of 'sedekah' :)

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com