Blog Si Hati Merah Jambu

Dia Blogger Kuat : Dayang Deno

9:14 AM


Bismillah,

Aku kenal ramai blogger since 2011 tapi tak pernah berjumpa. Sekadar bertegur sapa dalam laman mukabuku semata mata. Dalam ramai ramai blogger, aku kenal beberapa blogger yang pada aku jalan hidup mereka penuh dugaan dan aku gelarkan mereka blogger hebat.

Baru ni dalam event SBB2016 aku bertemu dua mata dengan salah seorang daripadanya. Blogger yang aku maksudkan adalah Dayang Deno.

Aku kenal dia sekitar tahun 2011 hingga 2012. Dia pengidap SLE, kecil je orangnya dan sangat peramah. Kalau diikutkan secara luaran, macam budak sekolah tapi umurnya tak macam tu.

Aku tengokkan je bila dia bercakap, dalam pada yang sama aku kagum dengan semangatnya. Orang sepertinya dilahirkan dengan kekuatan yang luar biasa. Bagaimana dia survive.. bina keyakinan diri setiap hari dan menerima takdir dengan tabah.

Dalam keadaan dia macam tu pun, dia dikurniakan bakat melukis doodle. Boleh dikatakan dia di antara top 10 doodler di Malaysia. Banyak memenangi anugerah dan karyanya sering mendapat tempahan di dalam dan luar negara.

Orangnya kecil, tapi jiwa dan bakatnya besar. Aku pulak rasa kerdil bila duduk kat sebelahnya.

Apa apa pun aku doakan dia dikurniakan kesihatan yang baik, terus maju dan berjaya kerana walau segelap mana dia berjalan, masih ada tangan dan mata yang sudi membantu dia keluar ke arah cahaya.

Dia tak keseorangan kerana kami masih di sini. Chaiyok Dayang Deno!

You Might Also Like

4 comments

  1. Thank you so much Afzal for this lovely entri :') Alhamdulillah... walaupun kadang2 saya tidaklah sekuat seperti orang lihat, saya cuba untuk bertahan selagi mampu, kuat selagi boleh.. Syukur saya dikelilingi orang yang sayangkan saya dan juga kawan2 yang sentiasa support saya termasuk Afzal.. alhamdulillah...

    Aminn... Inshaa Allah Afzal :)

    ReplyDelete
  2. love you dayang Deno..dia memang seorang yang kuat semangat. Teringin nak jumpa dia. Semoga DD di berikan kesihatan yang baik. Aaminnn

    ReplyDelete