Food Truck Di PKNS, Bangi

10:04 PM


Bismillah,
Dari last week puan isteri dok mengajak cuma tak berkesempatan. At last tadi singgah la jugak tengok kawasan. Ye la sebelum ni nampak sebiji sebiji je. Nak tengok juga macamana rupanya bila dorang kumpul reramai.

Sejak bila aku tak pasti tapi puan isteri sedar sejak dua minggu lepas. Lokasinya terletak di ruang parkir di hadapan bangunan PKNS, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi. Ada lebih 10 food truck yang terdapat di situ, yang mana setiap satunya mengetengahkan menu yang berlainan dan unik.

Di situ juga disediakan meja dan kerusi kepada pengunjung yang mahu mencuba menu yang ada. Antara menu yang aku nampak contohnya mee bandung udang galah, burger, menu mexico, rojak dan lain lain lagi yang mana setiap satunya diolah dan diimprovisasikan agar menjadi lebih menarik. Aku berminat nak cuba food truck yang menyediakan menu mexico.. Tapi ramai plak orang. Kena datang next time la gamaknya sebab aku datang pun dah lewat.

Pengunjung jangan cakap la.. Ramai sampai tak cukup meja. Kalau berkesempatan untuk ke sana, aku nasihatkan keluar awal. Kalau tak jenuh gak nak tunggu meja kosong.


Apa kata bawa keluarga bersama. Sekali sekala rasa suasana makan di sekitar food truck pun menarik juga kan?

You Might Also Like

9 comments

  1. kat tempat saya rasanya cuma ada satu je foodtruck. seronok bila tengok ada banyak macam ni. confirm susah nak decide nak makan apa! hihi

    ReplyDelete
  2. Dah lalu bnyak kali tp belum singgah lgi..kul 6 dah bukak kan

    ReplyDelete
  3. ni yang kena stay lama kat bangi ni kalau ikut husband..nak juga merasa mee bandung udang galah tu.

    ReplyDelete
  4. Singgah borak time rumnble utk y teringin nk mkn western food y affordable... chicken chop best in town...

    ReplyDelete
  5. Singgah borak time rumnble utk y teringin nk mkn western food y affordable... chicken chop best in town...

    ReplyDelete
  6. ishhh kenapa lah masa iols masih di upm xde menda alah ni... hihi. Kemain banyak pilihan ye.. =)

    ReplyDelete
  7. kena bawak meja kerusi sendiri la nampaknya..:p

    ReplyDelete
  8. macam menari nieh .. boleh lah pergi nanti bila free ... kena tunggu free baru boleh sebab jauh heheheheh

    ReplyDelete
  9. mmg meriah food truck kat bangi niey... best. :D

    ReplyDelete