'> Kurang Cantik Isi Dalamnya | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, April 19, 2016

Kurang Cantik Isi Dalamnya


Bismillah,

Hari tu aku ke pejabat pos. Dalam aku kusyuk menulis pada consignment note pelanggan, aku tertarik pada perbualan pasangan manusia ni. Bukan nak dengar sangat pon.. tapi dah dorang cakap kuat macam nak bagi semua orang dengar.

"Kau pun tau la.. Aku ni kan mesra dengan semua. Semua orang suka ngan aku. Tak tau nak pilih siapa", kata si lelaki.

"Tu la nak buat macamana. Kau kan femes", balas si wanita.

"Entahlah. Si Jemah tu tau Timah suka aku, tapi nampak macam still nak try aku. Aku bingung. Tak tau nak kata apa", sambung si lelaki.

"Kau kan hensem. Biasala jadi rebutan", kata si wanita.

"Eh mana ada la. Hins hins", si lelaki nafikan tapi lobang idong kombang kompih.

Perbualan tersebut berlarutan dari dalam baris sampai ke kaunter, penuh dengan kata-kata pujian diri sebagai intipati. Pantang kena puji.. Terus tak nak berhenti.

Aku perhatikan atas bawah si lelaki dengan suara kepit. Rupa ada. Kurus orangnya. Kemas penampilannya tapi sayang isi 'dalam' nya tak berapa nak cantik la plak.

Selalunya orang macam ni sama ada jarang kena puji atau terlebih syok sendiri

Tak pe la. Mohon hensem kau tu nanti bantu kau lepas seksa kubur.

Sekurang-kurangnya ada juga bahan hiburan untuk aku sementara tunggu giliran :D

11 comments:

  1. Hahahaha... adeh. Yg muji nya pulak pompuan. Harus lah kombang kompih jadi nya =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mau tak kombang. Kono puji setahun sekali haha

      Delete
  2. seronok kena puji bertalu² bagai kompang di palu..eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok tengok idong orang kombang kombih :D

      Delete
  3. ceh..langsung tak de rendah diri..orang angkat tinggi2 tapi sayang harga murah..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya xtau. Mungkin dia tgh mempromosikan diri dia tu kak 😆

      Delete
  4. tok apjal, alang-alang bagi speaker teruih kat dia. boleh dengo satu office. kekekeke

    ReplyDelete
  5. Ibarat masuk bakul angkat sendiri, CEHHHH ! =D Huduh nau pe'el.

    ReplyDelete
  6. Ragam kehidupan untuk pengajaran bersama

    ReplyDelete
  7. hahaha...alang2 kan puji kan..angkat bakul lar...bila lg nak angkat bakul..hahaha..

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com