Blog Sihatimerahjambu

Restoran Salam Noodles di Seksyen 7, Bangi

8:32 PM


Bismillah,

Cuba nak ubah selera, aku bawa mak abah aku pergi ke restoran Salam Noodles berasaskan menu cina muslim yang terletak tak jauh dari rumah aku. Mula-mula tu tak berani juga nak bawa mak abah aku cuba menu baru. Almaklumlah tekak orang tua. Tapi aku sedapkan hati mereka, kalau tak cuba macamana nak tau.. ye tak?

Lokasi restoran ni terletak di Bangi Seksyen 7, bersebelahan pasaraya Speedmart, sebaris dengan Open University dan stesen minyak Petronas.

Ruang makannya luas dan ada banyak meja. Sangat kemas dan selesa untuk pengunjung. Bila aku buka menu, tak banyak pun yang boleh dipilih. Mak aku cari menu berasaskan nasi walhal restoran tu terkenal dengan menu mi tarik. Bukan tak ada, cuma menu nasinya adalah kombinasi nasi putih dan gulai daging yang aku rasa seperti masak taucu.

Puan isteri dan yang lain pesan mi sup. Mangkuknya sangat besar sampai tak habis abah aku makan. Sedap dan penuh. Aku pula pesan mi tarik. Ni pertama kali aku cuba menu ni dan ternyata sangat sedap. Walaupun menunya kurang tetapi sangat sedap dan cepat dihidang. Tak hairanlah pengunjung yang datang tak perlu menunggu lama untuk menerima pesanan mereka.

Adik aku pesan sate yang mana ia dimakan tanpa kuah kacang. Pelik gak, pertama kali juga aku cuba. Macam sate biasa cuma diletakkan serbuk cili dan ramuan tersendiri. Satenya besar tak seperti sate biasa.

Air pula free flow dan terdapat 7 jenis air yang disediakan di situ. Harga yang ditawarkan pun tak mahal mana sekitar RM8 hingga RM10. Untuk 7 orang makan hari tu, harga yang perlu aku bayar hanya RM75 sahaja.

Selain di Bangi, terdapat juga cawangannya di Cyberjaya, Putrajaya dan Wangsa Maju. Kepada mereka yang ingin cuba rasai sendiri, boleh la berkunjung ke restoran ini bersama keluarga.


You Might Also Like

14 comments

  1. sedapnya lahai..yang atas sate tu dia tabur chili flakes ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak chili flakes domino tu hehe. Mcm mkn ayam panggang pon ada. Beso haha

      Delete
  2. Replies
    1. Dah boleh dah kumpul det kawen ko ni kalau hari2 org belanja :D

      Delete
  3. afzal.. tadi kita lalu tadi kat sini.. sedap tak??

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..

    First time visit blog afzalsukasuki.. Salam ukhuwah dihulurkan..
    Mee tarik kegemaran saya.. Nampak best mee tu, portion dia banyak jugak..
    Next time pergi Bangi boleh singgah.. Thanks for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Ikut tekak saya sedap, tapi tak tau plak kalau tekak orang hehe.

      Salam ukhwah juga

      Delete
    2. Waalaikumussalam. Ikut tekak saya sedap, tapi tak tau plak kalau tekak orang hehe.

      Salam ukhwah juga

      Delete
  5. SINGGAH PETANG http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. sesekali lepak bangi boleh trylah makan mee tarik kat sini..harga pun kira berpatutan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husband pija pon selali ada keje kat bangi kan? Boleh la cuba

      Delete
    2. Husband pija pon selali ada keje kat bangi kan? Boleh la cuba

      Delete