Blog Sihatimerahjambu

Aku Ingat Bunyi Burung, Rupanya..

6:20 PM


Bismillah,

Hari ni aku sempat bawa Jasmeen dan puan isteri pergi Zoo Negara. Mahal gak harga tiket masuk. Aku tengok keropok Super Ring yang dijual kat dalam tu pun sampai RM5. Aku dah pesan anak bini aku awal- awal.. Nak makan, makan kat luar je. Nasib aku dapat voucher. So tak de la rasa terseksa sangat.

Sampai kat satu sangkar tu.. Kami berhenti untuk bergambar. Puan isteri bagitau sangkar tu milik burung Enggang Putih.

"Kakiyanggg", kata puan isteri. Aku anggukkan kepala. Hebat betul puan isteri. Aku sendiri pun tak tau macamana bunyi burung tu walaupun macam pelik bunyinya. Aku dan Jasmeen plak fokus kat burung Enggang tu.. Kot kot la dia nak balas bunyi yang puan isteri buat

"Kakiyangg.. Kakiyang"

Aku pandang puan isteri lagi. Amboi kemain mengajuk burung. Tapi kali ni muka dia kelat terkemut-kemut. Dah serupa Dr Senbe.

"Abanngg kaki ayang laaa"

Aku tengok dia dok tahan sakit sebab stroller berisi Jasmeen seberat 23 kilo dah gilis kaki dia.

Berdekah-dekah aku gelak. Mati -mati aku ingat dia buat bunyi burung. Patut la macam pelik je bunyinya.

Sekali kaki ayang daaa hahaha

You Might Also Like

4 comments

  1. haha. kaki ayanglah. singgah sini :)

    ReplyDelete
  2. hahahahahaha. adoi lawak lah.


    salam semua. jom sama sama sokong Kempen Taja Shopping raya ! tak menderma share post pun jadilah!

    ReplyDelete
  3. *jawapan kempen taja shopping raya*

    sebenarnya RM 200 tu adalah jumlah untuk satu tajaan, dan cuma kami terlepas pandang mengenai sumbangan mengikut kemampuan jika tidak boleh memberi sebanyak itu.

    harap en. afzal dapat bgtau kawan2 mengenai kempen ini. hehehehehhe. saya doakan en dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
  4. hadoiii afzal ni pun. kesian kaki ibu jasmeen kena gilis

    ReplyDelete