Buffet Ramadhan Di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur

8:39 PM


Bismillah,
Aku lintas di sebuah stall dan berhenti di situ. Sup Setapak? Sup apa plak ni? Aku lantas bertanyakan pada chef yang berada di belakang stall.

"Sebenarnya nama asal Sup Setapak ni.. Sup Dorai. Tetapi dulu P Ramlee suka pekena sup ni kat Setapak. So lama-lama orang kenal sup ni dengan nama Sup Setapak", jelas chef tu.

Ok, unik namanya dan sejarahnya. Tak hairanlah Selera Desa Buffet Ramadhan di Saffron Brasserie of AnCasa Hotel & Spa mengetengahkan tema Nostalgia 60an.

Itu baru sup, belum lagi menu lain. Aku tertarik dengan menu Ketam dan Nenas Masak Lemak Cili Api. Mak aih sangat oldschool dan rare. Selalu aku jumpa lauk ni bila balik kampung je, itu pun mak aku yang masakkan.

Selain daripada pencuci mulut yang berbagai rupa dan rasa yang mengujakan, di situ juga ada disajikan pecal dan kuah kacang, bubur dan manisan, yong tau fu, nasi arab mandi dan kambing golek, ikan bakar dengan pelbagai sos, aneka mee dan nasi dengan pelbagai lauk dan apam balik.
Salah satu stall di situ ada menyediakan menu berasaskan panggang yang mana disajikan menu seperti skewer dan sate. Aku tertarik dengan salah satu menu di stall itu yang mana rupanya seperti kebab. Isinya ayam tetapi dimakan dengan pelbagai jenis sos sayur sebagai pilihan. Namanya shawarma. Rasanya sedap.


Harga yang ditawarkan adalah :
RM68 untuk dewasa
RM40 untuk kanak-kanak dan;
RM58 untuk baucer bagi mereka yang membuat tempahan awal dari 11 Mac sehingga 31 May 2016.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi :
03-20206060 ext 7703

You Might Also Like

8 comments

  1. banyak pilihan sampai aku kelabu mata nak makan mana dulu...last2 lupa mkn... hahaha

    ReplyDelete
  2. kita bedal nasi kerabu 2 pinggan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yg awak kira..menu lain yg awak bedal..awak xmasukkan sekali ke?hahaha

      Delete
  3. nice. boleh la try nanti time bulan puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah boleh try.tempat pon senang nak carik..depan plaza Kotaraya

      Delete
  4. Bnyak betul menu dia..kalau berbuka kat sini memang macam macam dapat rasa.

    ReplyDelete
  5. aduhhh... menusuk qalbu betul melihatkan menu2

    ReplyDelete