Dia Buat Begini Dan Allah Bayar Cash..

3:01 PM


Bismillah,

Ni pengalaman puan isteri yang diceritakan kepada aku semalam. Bukan nak mengaibkan sesiapa, sekadar peringatan dan pengajaran untuk kita semua lebih-lebih lagi bila sentuh soal ibadah.

Semalam aku dan puan isteri singgah untuk menunaikan solat di sebuah surau di Kuala Lumpur. Orang terlalu ramai, mungkin kerana warga kota mengambil peluang untuk membeli belah sebelum masuk bulan Ramadhan.

Dalam bersesak-sesak menunggu giliran untuk mengambil wudhuk, tiba-tiba datang seorang perempuan sebaya umur puan isteri memotong di hadapannya. Terkejut puan isteri tetapi dia tak kata apa-apa.

Seusai puan isteri mengambil wudhuk dan bergerak untuk mencari ruang kosong untuk solat, datang lagi hamba Allah yang sama memintas dan mengambil tempatnya. Mengucap panjang puan isteri dalam hati. Puan isteri lantas berganjak selangkah ke belakang bagi memberi ruang kepada hamba Allah tersebut.

Seorang jemaah di sebelah hamba Allah tersebut baru selesai solat dan tak semena-mena dia memberikan telekungnya kepada puan isteri yang berada di saf belakang dan diperhatikan oleh hamba Allah tersebut dalam keadaan terpinga-pinga. Yang peliknya hamba Allah tersebut betul-betul berada di sebelahnya.

Nampak macam remeh je kan? Tapi siapa sangka Allah tetap akan bayar cash on the spot pada hal seremeh tu.

Tiada satu pun akan terlepas daripada perhitungan Allah. Semoga kita peroleh manfaat dari apa yang dikongsikan oleh puan isteri.

Jika kita permudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan urusan kita. InsyaAllah.

You Might Also Like

3 comments

  1. hehe..org tu kengkonon nak cepat.. (mcm dia sorg je yg nak solat kan..huhu)sudahnya..lambat juga.. tu laa org..xde sikap sabar kan...

    ReplyDelete
  2. Setiap perbuatan ada balasannya. Buat baik di balas baik. gitu :)

    ReplyDelete