Ikhlas Tapi Jauh


Bismillah,

Aku baru keluar kedai. Beli barang dapur, apa yang puan isteri nak masak aku pun tak tau. Sempat juga aku capai aiskrim untuk Jasmeen. Dia suka aiskrim butterfly.

Baru nak hidupkan motor, aku nampak dua beradik bergaduh berebutkan aiskrim. Baju dorang lusuh. Tak nampak plak ibu atau bapa dorang di situ.

Si abang sesekali mengalah, melihat adiknya menyuap aiskrim berkali kali. Bila tiba giliran si abang.. si adik membentak bentak. Aiskrimnya hanya secawan. Tangan aku serta merta seluk kocek baju tanpa disuruh.

Aku bergerak menghampiri mereka. Mereka tiba tiba kaku dan membisu. Aku hulurkan duit dengan niat agar si abang boleh beli aiskrim satu lagi. Tak perlu lagi berebut dengan si adik.

Si adik mula beralih ke belakang si abang. Si abang mula menjauh dan hanya senyum. Tiba tiba je aku rasa kekok. Rasa macam ada banyak mata dok memerhati tindakan aku seterusnya dari jauh. Adik beradik tu semakin lama semakin menjauhi aku.

Mati akal aku. Tapi aku tak salahkan mereka pun. Ini salah sistem.

Aku pusing menghala balik. Heh! pertama kali aku rasa bersalah kerana berniat baik. Mungkin kerana terlalu banyak orang berniat jahat hingga mereka percaya orang baik tak pernah wujud.


1 Comments

  1. kesian dorang kan..niat kita yang nak membantu pun jadi serba salah kerana tak dapat membantu. Mungkin sebab mereka telah diajar tidak mengambil bantuan orang lain.

    ReplyDelete