Bismillah,
Malam ni aku terlebih rajin sikit.. Hari tu si Jasmeen nampak budak makan carbonara, sampai ke sudah dok minta carbonara. So malam ni chef babah bertugas. Ibu ngan Jasmeen duduk diam diam ye.
Ramuan yang diperlukan :
1) Spaghetti (Kimball)
2) Prego Mushroom Carbonara (tin)
3) Daging cincang Ramly (1/2 bahagian)
4) Udang putih (8-10 ekor)
5) Susu full cream (1 1/2 cawan)
6) Cendawan butang dan sosej
7) Daun oregano
8) 2 sudu besar lada hitam
9) Garam secukup rasa
10) 2 biji bawang besar (potong dadu)
11) 4 ulas bawang putih (potong kecil)
2) Prego Mushroom Carbonara (tin)
3) Daging cincang Ramly (1/2 bahagian)
4) Udang putih (8-10 ekor)
5) Susu full cream (1 1/2 cawan)
6) Cendawan butang dan sosej
7) Daun oregano
8) 2 sudu besar lada hitam
9) Garam secukup rasa
10) 2 biji bawang besar (potong dadu)
11) 4 ulas bawang putih (potong kecil)
BAHAGIAN 1
Mula mula panaskan minyak. Sebaiknya guna minyak zaitun. Kalau takde, minyak masak biasa pun boleh. Bila minyak dah panas, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Mula mula panaskan minyak. Sebaiknya guna minyak zaitun. Kalau takde, minyak masak biasa pun boleh. Bila minyak dah panas, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan daging cincang dan tumis sehingga air daging itu kering. Kemudian masukkan dua sudu lada hitam, daun oregano, cendawan butang dan sosej yang dihiris nipis sekaligus sehingga sebati dan naik bau. Kecilkan sedikit api dan kacau sebati dalam masa 5 minit. Kemudian masukkan pula udang dan kacau lagi sehingga udang cukup masak.
(jangan masuk udang awal kerana udang akan jadi keras)
Masukkan sos prego mushroom carbonara dan kacau sehingga rata. Kemudian masukkan 1 1/2 cawan susu full cream, kacau sampai sebati. Masukkan garam secukup rasa dan tunggu sehingga kuah carbonara mendidih.
BAHAGIAN 2
Panaskan air dan rebuskan spaghetti sehingga lembut. Jangan rebus terlalu lama bagi mengelakkan spaghetti jadi terlalu lembik.
Panaskan air dan rebuskan spaghetti sehingga lembut. Jangan rebus terlalu lama bagi mengelakkan spaghetti jadi terlalu lembik.
Toskan spaghetti dan tunggu sehingga cukup sejuk sebelum dihidangkan bersama kuah spaghetti carbonara. Siap untuk dihidang!
Bela lemak kami sekeluarga malam ni hoho. Jemput makan semua.
(cadangan hidangan untuk 4-6 orang)
18 Comments
SEDAP sehingga menjilat jari, Huhu..Contoh babah mithali ni..=D
ReplyDeletesuka sgt resepi yg simple...kna cuba nie..
ReplyDeleteperghh..nampak sedap..tapi laki kita tak suka makan macam ni..sedihh
ReplyDeletehebat masak! sedap kan..nak masak pun simple je.
ReplyDeletedeno pernah lihat dalam satu rancangan masakan, spagetti carbonara ni sebenarnya senang sangat! carbonara pula favourite deno, jadi boleh masak sendiri kat rumah, resipi simple, senang pula tu nak masak :)
ReplyDeleteMenggoogle resepi tup2 terselit plak blog mamat ni...sy nampak kegigihan anda...
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeletesaya nk cuba resepi ni
ReplyDeleteNampak mudah cara penyediaannya..
ReplyDeleteWajib cuba nih..tq for sharing..����
Sedapnya. Nak cuba ni...tq ye
ReplyDeleteDah cuba memang sedap.. thank you.
ReplyDeleteSedapnya....nak pegi Cuba sekarang! Thanks resepi 😎
ReplyDeleteAllahu sedapnya..terliur betul :) Nanti bila-bila boleh cuba resepi ni, nyums!
ReplyDeleteSpaghetti tu bole tuang sdikit myk.. Utk mngelak spaghetti tu melekat antara 1 sma lain #justnakshare😍😊😋
ReplyDeleteTuang myk sikit masak rebus
Deletesaya nak cuba recipe ini
DeleteAlhamdulillah, sedap sangat ni.saya pun suka spagheti carbonara:)
ReplyDeleteWah ! esok boleh try ikut resepi ni. Thanks ye share😀
ReplyDelete