Restoran Red Card di Bandar Baru Bangi

9:55 PM


Bismillah,

Last week sekali lagi aku dan family jejak kaki ke restoran Red Card yang terletak di seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Tujuan kali ni nak cuba menu lain. Menu apa yang aku cuba sebelum ni, boleh baca DI SINI.

Harganya tak lah terlalu mahal, tak juga terlalu murah. Pada aku berbaloi sebab menu yang ditawarkan sangat sedap dan banyak. Affordable. Sebab tu la kot puan isteri ajak repeat. Tekak dia kalau betul sedap.. kompom dia akan repeat balik.

Ok kali ni aku tengok ada beberapa menu baru ditambah. Kali ni aku order Creamy Cajun Chicken with coleslow and mashed potato. Puan isteri order Mexican-style Roasted Chicken. Untuk menu ni, korang boleh pilih dua menu sampingan lain. Jadi puan isteri pilih curly fries dan mashed potato. Untuk Jasmeen pula aku order kan Creamy Beef Pasta sebab menu ni tak pedas macam carbonara.

Air pula untuk aku.. Aku order watermelon lychee with mint. Puan isteri order hot lime je. Pada menu tu ada ikon jam menandakan menu tu perlu lebih masa untuk masak. Jadi pilihan di tangan pelanggan, sama ada sanggup menunggu atau tak.

Aku juga nampak banner buffet untuk Ramadhan yang akan datang. Harga yang ditawarkan adalah RM48 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Murah kot jika hendak dibandingkan dengan menu- menu yang ditawarkan. Aku puji-puji ni bukan dibayar pun. Kalau korang tak percaya, boleh cuba sendiri. Macam puan isteri kata, setiap kali dia sudukan Mac & Cheese.. setiap kali tu dia pengsan haha.

Ada banyak lagi menu yang kami kena cuba. Jadi tak mustahil kami akan datang lagi lain hari. Untuk yang masih tercari-cari menu western di sekitar Bangi-Kajang-Putrajaya, aku cadangkan di Red Card, Bangi.

Jom la bawak keluarga datang untuk cuba menu yang ada. Lokasinya sederet Restoran Steamboat Antarabangsa dan Restoran Ayam Penyet Wong Solo di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

You Might Also Like

3 comments

  1. wah... bukan main lagi. pagi2 da terliur! huhuhu...
    Hi jasmeen omey. =D

    ReplyDelete
  2. Again?? Nampak sangat sedapnya..kita yang tengok gambar ni pun terliur lahaii

    ReplyDelete
  3. kejam sungguh menu-menu tu,
    mcm murah je kalau bbuka kat situ

    ReplyDelete