Blog Si Hati Merah Jambu

Riadah Bersama Keluarga di Zouk, Kuala Lumpur

3:21 PM


Bismillah,
Last week aku didatangi kawan aku menawarkan tiket masuk ke Zouk. Okey fine. Terkulat-kulat aku kejap.

Dan yang tak boleh belahnya lagi, siap pakej bawak anak isteri. Ai Zouk buat family day ke hape ni? Pegi Zouk ngan puan isteri dan Jasmeen. Aku nak buat hape kat dalam tu?

"Haa ok. Ok", aku anggukkan kepala tanda setuju padahal otak aku meligat kenapa Zouk ada keluarkan tiket untuk kanak-kanak.

Aku tanya kawan aku untuk kepastian. Tiba-tiba kawan aku gelak kuat.

"Bukan Zouk la.. Zoo! Dah kenapa ko nak bawak anak bini masuk Zouk! Hahaha"

Aku pun bantai gelak. Aku ingatkan Zouk, sekali tiket masuk ke Zoo Negara daa.

Lain kali cakap kuat sikit. Tapi kalau kau dah cakap kuat, terpaksa aku korek telinga dalam-dalam sikit haha.

Tetiba aku teringat cerita Seniman Bujang Lapok, part Sudin bagitau yang Pak Mat Tempe kena langgar dengan motokar.

Mujur masuk zoo je. Baru ingat nak jahit manik ngan labuci anak beranak malam ni. Pening mikior nak menari guna step apa haha



You Might Also Like

17 comments

  1. hahahah..adoi..belum tua lagi ..anak baru sorang dah ada masalah pendengaran.kalau tidak memang masuk 999 la wajah 3 beranak di dalam Zouk, siap baju kelip2 bermanik bagai..tajuk besar.."pasngan suami isteri bawak anak bawah umur berhibur di kelab malam.."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah masuk 999 tu mmg champion kak. Kami bertiga je yg pakai baju liplap. Serupa bole lampu atas siling tu hahaha

      Delete
  2. Hai la tok... Kang panggil atok kang... Teringin nak masuk zouk ke??? Heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Potia la.. Cakap perlahan sangat. Aku mati2 tiket masuk zouk. Dah berdebar dah aku 😂

      Delete
  3. HAHAHAHA tanjat mak! hahahaha. mak pun dh lama x cocok langit neh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha eh boleh je cocok langit lagi..lagi2 time nak raya, buang sawang kat kipas siling :D

      Delete
  4. HAHAHAHAHAHAHAHAHA saket perut aku. bikin gempak jeni !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aih ko punya gelak. ni bebetul punya sakit perut ko ni :D

      Delete
  5. wehh zouk ni bukan disko ker.. hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang aku musykil memula tu.apsal ada tiket masuk disko untuk kekanak plak :D

      Delete
  6. hahahha...nak tumpang gelak jap..

    ReplyDelete
  7. aduh..
    bunyi mcm jauh.
    jadi pelik jugak tetiba nk masuk zouk.
    hahaha

    ReplyDelete
  8. Hahaha... Tula heran juga.. apa citer nak masuk zouk ngn anak beranak... Adehhh..

    ReplyDelete
  9. ok..ni lawak sgt...bawak anak bini masuk zoooukkk..hehe

    ReplyDelete
  10. haha..adoi gelak sensorang baca ayat yang bawah sekali tu..tak tahan..

    ReplyDelete
  11. Lepas ni korek telinga bagi kasi buang habis benda dalam tu okay, Haha! =P Zoo boleh jadi Zouk, Aptb laaa. =D

    ReplyDelete
  12. hahaha. kepelikan juga pada mulanya..rupanya zoo :)

    ReplyDelete