'> Senioriti Vs Rezeki | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Friday, May 13, 2016

Senioriti Vs Rezeki


Bismillah,

Hari tu tengah aku duduk sensorang..aku didatangai seorang kawan. Katanya dia ada cerita gembira.

"Dengar kata salah seorang daripada korang akan dinaikkan pangkat, ganti kekosongan jawatan yang ada", katanya.

Sedikit sebanyak ceritanya tu menarik perhatian aku. "Oh yeke?"

"Haah. Tapi tak tau siapa. Siapa senior kat sini?", tanya dia. Aku pun petik nama kengkawan aku yang senior.

"Kalau boleh la kan.. biar orang lama yang naik. Bukan apa, biarlah ikut senioriti. Nanti apa pulak kata orang kan?", sambungnya lagi beria-ia.

Aku senyum. Kepala aku ligat susun ayat untuk bagi jawapan.

"Yup saya setuju. Kalau boleh bagi peluang kepada mereka yang senior. Tapi kena tanya Allah dulu la sebab rezeki Dia yang bagi", aku sengih.. dia pun sengih sama. Aku agak dia faham maksud aku.

*****

Aku tak kisah. Tak terdetik sekelumit pun hati aku ini rasa iri atau cemburu atas kejayaan dan rezeki kawan-kawan lain. Sebab aku sentiasa congak diri, selama aku hidup ni satu per satu Allah aturkan rezeki untuk aku yang mana aku tak nampak pun kengkawan aku cemburu dan iri dengan apa yang aku perolehi. Jadi kenapa aku perlu rasa macamtu.

Aku gembira punya kawan seperti mereka. Selain doa, aku harap sangat masing-masing dapat maju jaya bersama-sama. Tapi seperti aku kata, akhirnya berbalik juga kepada soal rezeki.

Kalau ada rezeki.. adalah. Kalau tak, yakinilah yang itu bukan rezeki kita :) Chill!


6 comments:

  1. setuju.. (^_^) rezeki tak pernah salah alamat. Chill je kan...!

    ReplyDelete
  2. kalau boleh, ukurlah melalui performance kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila semua dah perform, terpaksa bgantung pada rezeki :)

      Delete
  3. ye betul tu..rezeki Allah yang tentukan.Dalam masa yang sama kena rajin usaha dan berdoa serta bertawakal kepada-Nya.

    ReplyDelete
  4. yup rezeki Allah dah aturkan untuk kita kan :)

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com