Jasmeen Terserempak Ular Di Bilik Tidur

11:13 AM


Bismillah,

Bila aku terkenangkan peristiwa yang berlaku minggu lepas, bulu roma aku terus meremang. Tak sangka kejadian tersebut berlaku kepada anak aku Jasmeen, di dalam bilik tidurnya sendiri.

Mulanya aku biarkan dia main sendiri di dalam bilik. Aku kat ruang tamu tengok tv dan puan isteri kat dapur memasak untuk makan malam.

Dalam pukul lapan lebih macam tu tiba tiba Jasmeen menjerit ketakutan. Berulang ulang kali dia sebut " Ular! Ular!"


Mula mula aku buat tak layan. Agaknya dia main sendiri, tapi bila dia asyik tarik aku suruh halau ular dalam bilik.. aku rasa cuak. Something there.. abis tu takkan muka Jasmeen pucat semacam.

Aku jengah dari pintu bilik manakala mata aku meliar mencari sosok sosok ular yang disebut Jasmeen tadi. Tiada dia atas tilam.. mungkin dah bergerak ke dalam almari baju. Aku kena berhati hati, aku suruh Jasmeen duduk jauh. Berbekalkan ilmu dari National Geographic, aku cuba mengawal situasi.

Selang 10 minit masih tak jumpa, aku panggil Jasmeen.

"Mana ularnya Meen?", tanya aku.

"Tu babah.. tu!", sambil mengacukan muncungnya ke arah sosok di atas tilam.

Aku mengucap panjang. Kelihatan sosok ular yang dibentuk Jasmeen dari tanah liat sedang terbaring di atas tilam tak bergerak. 

Err bila aku perati lebih menyerupai cacing atau misai abah aku. Cuma warna dia hijau kuning.


"Tu bukan ular la Jasmeen.. Tu kan Soo Hoon yang Meen suka makan tu", sambung aku bila aku tengok dia still takut nak sambung main.

"Ooo haah Soo Hoon kan babah", baru lah dia terus masuk dan sambung main.

Apa daa dia sendiri buat.. dia yang takut. Cuak dah aku sekejap. Ingatkan bebetul ular. Tapi sebelum aku beredar, dia sempat tanya aku apa benda kat bawah ni. Aku teka taik kambing.. tapi dia kata salah. Korang rasa apa?


Jasmeen kata kuih raya.

Pening aku ngan fiil anak aku ni. Adoyai naik darah tinggi aku.

You Might Also Like

15 comments

  1. wakakakka...
    pitam bapak ko anak oiiii

    ReplyDelete
  2. Meen...Raya haji ni makcik nak 3 balang ye..

    la..dia ke yang buat sendiri ular tu..hahah..
    Dia punya gelabah tu macam betul2 je ada ular..
    berdebar tau tak???!!! marah ni..marah...
    adoi...!

    ReplyDelete
  3. Hahahhaa..anak dah pandai kenakan babah dia..

    ReplyDelete
  4. Chissss!!!penat akak berderau darah...

    ReplyDelete
  5. baru je nak seram baca cerita..last-last boleh tukar jadi lawak..meen oh meen.pandai melawak pulak dah

    ReplyDelete