DesaStay : Tarikan Baru Pelancong Ke Johor


Bismillah,

Baru baru ni bertempat di Kampung Parit Tengah Seri Merlong, Batu Pahat, Johor telah diadakan Majlis Perasmian DesaStay oleh YAB Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor.

DesaStay ni merupakan salah satu produk perlancongan terbaru negeri Johor di mana masyarakat luar dan pelancong dapat merasai sendiri melakukan aktiviti aktiviti yang dijalankan oleh penduduk kampung..

Ada pelbagai pakej penginapan yang disediakan sama ada penginapan 1/2 hari, 1 hari, 2 hari 1 malam dan sebagainya dan juga pelancong boleh memilih untuk menetap sendiri atau menginap bersama keluarga angkat di sana.

Tourism Johor telah mengenal pasti sebanyak 31 buah kampung di dalam daerah negeri Johor berpotensi untuk mengembangkan industri ini. Selain daripada memperkenalkan kampung itu sendiri, ia juga mampu menjana pendapatan penduduk tempatan dengan memperkenalkan produk produk yang dihasilkan oleh kampung berkenaan.

Sewaktu majlis, kami dapat melihat banyak booth produk tempatan di buka dan pelbagai jenis barangan dijual pada harga yang murah, setanding dengan kualitinya. Antaranya kerepek, belacan, keropok kupang, hasil kraftangan, homestay dan sebagainya.

Setibanya di sana, kami dijamu dengan makan tengahari di rumah salah satu penduduk kampung di situ. Ini kali pertama kami mengikuti aktiviti seperti itu. Tuan rumah sangat mesra melayan kehadiran kami, disediakan ruang solat dan tandas, ruang makan dan rehat. Kami rasa tak kekok malah rasa seperti berada di kampung sendiri.

Kami yakin dengan adanya industri perlancongan seperti ini, dapat memperkenalkan kampung kampung di sekitar negeri Johor kepada masyarakat luar. Pada masa yang sama dapat membantu ekonomi penduduk setempat dengan melariskan produk industri kecil dan desa kepada pelancong pelancong yang datang.

Diharapkan langkah ini turut menjadi contoh kepada negeri negeri lain agar industri perlancongan negara dapat terus berdaya saing dan memberi peluang kepada pelancong dalam dan luar negara untuk lebih mengenali budaya masyarakat setempat.

Jom DesaStay negeri Johor!

1 Comments