Pengecas Innergie Power Combo Go Hub Tampil Kelainan


Bismillah,

Sejak dilancarkan pada tahun 2008, kini Innergie merupakan produk utama Delta telah berjaya menembusi pasaran dunia dan menguasai hub urus dan penjimatan kuasa peralatan elektronik global. Ia dipunyai oleh Smart Green Life di dalam Delta.


Melalui pengalaman dan kepakaran yang ada, mereka telah menghasilkan jenis pengecas yang mampu memberi kelainan dan lebih inovatif berbanding produk-produk yang ditawarkan oleh pesaing-pesaing mereka. Ini kerana produk Innergie lebih mesra alam dan pengguna, pengecasan yang cepat dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terbaik.


Didatangkan dengan beberapa jenis pengecas untuk kegunaan seperti komputer riba, telefon bimbit, travel charger, power bank dan berbagai lagi. Setiap satunya mempunyai keistimewaan sendiri dan mampu mengecas dalam masa yang singkat.

Pada aku yang banyak bergerak dan bekerja di luar, aku lebih berminat dengan Power Combo Go Hub. Ia merupakan travel charger yang digunakan di dalam kenderaan. Mempunyai 3 USB port dan mampu mengecas 3 telefon bimbit pada masa yang sama.

Setiap satu USB port membekalkan 2.4A dan menjadikan ia pengecas paling pantas berbanding jenama yang lain. Cip yang dipatenkan bersama Power Combo Go Hub mampu mengesan jumlah tenaga yang diperlukan setiap peralatan dan mengawal kuasa pengecasan ke setiap peralatan tersebut.


Pada Power Combo Go Hub juga terdapat lampu LED berwarna biru yang berfungsi sebagai tanda yang ia sudah boleh mengecas peralatan. Produk yang Innergie ini juga dijamin selamat kerana dilengkapi dengan Innergie's InnerShield Protection Technology. Teknologi terbaru ini mampu mengelakkan berlakunya lebihan kuasa pada peralatan, over charging dan litar pintas.

Dan yang paling penting, kesemua produk Innergie diberi waranti selama 3 tahun sebagai jaminan produk yang mereka hasilkan sangat selamat kepada pengguna dan alam sekitar.

Produk ini boleh diperolehi di Lazada, Harvey Norman dan syarikat-syarikat yang menjadi retailer yang sah. Pastikan yang original ye, baru beli.


Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh la layari:


Tel : 016-5559321



1 Comments